Perpindahan Luqman Hakim ke KV Kortrijk nyata bukan sahaja membawa impak di atas padang malah turut memberikan impak terhadap kelab itu di laman media sosial.

Salah sebuah pengguna laman Twitter, KPMG Football Benchmark telah berkongsi satu data yang menunjukkan Kortrijk merupakan kelab Belgium yang menunjukkan peningkatan dari segi pengikut di laman media sosial Twitter, Facebook dan Instagram bulan lalu.

https://twitter.com/Football_BM/status/1302947725865033728?s=19

KPMG berpendapat kenaikan followers Kortrijk ini kerana faktor Luqman Hakim yang mengikuti ramai peminat di Malaysia.

Secara tidak langsung, peminat mengikut Kortrijk di laman media sosial bagi mengetahui perkembangan terkini penyerang skuad B-19 tahun negara itu.

KV Kortrijk
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Satu lagi kelab, K Beerschot pula menduduki tangga kedua di belakang Kortrijk. Kenaikan pengikut Beerschot kerana kelab itu baru sahaja menandatangani seorang pemain dari Jepun, Musashi Suzuki.

Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk di sini:

Rakan Sepasukan Sifatkan Luqman Hakim Sebagai “Crazy Men”

Luqman Hakim Sertai Sesi Latihan Skuad Senior Buat Kali Pertama

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk