Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini telah mengeluarkan kenyataan media rasmi bertulis memohon sumbangan dari orang ramai terutamanya penyokong pasukan untuk menghulurkan bantuan bagi membolehkan mereka membayar tuntutan yang dibuat oleh Cassio de Jesus.
Mengikut tarikh dalam surat tersebut – 23 April 2020, KAFA diberikan masa selama 30 hari untuk menyelesaikan bayaran itu dan ini bermakna mereka hanya mempunyai tempoh 2 minggu sahaja bagi mencari dana.
Kandungan surat tersebut juga menyatakan bahawa KAFA menghadapi banyak masalah mencari sumber kewangan kerana penjualan jersi yang terhenti, tiada kutipan jualan tiket perlawanan serta tindakan bakal penaja yang berdiam diri ketika ini.
Butiran akaun bank KAFA juga diberikan dan mana-mana pihak yang menyalurkan sumbangan diminta untuk menghantar resit ke no telefon yang disediakan seperti diatas.
Sebelum ini VocketFC mengeluarkan satu artikel dimana FIFA mengarahkan KAFA untuk melunaskan bayaran tunggakan gaji bekas pemain import mereka – Cassio de Jesus yang berjumlah sekitar RM631,000.
Dengan keadaan semasa, dijangka Kelantan berdepan dengan misi mustahil melainkan ada hero yang mahu menyelamatkan bola sepak negeri itu dari terus menjadi antara lubuk masalah dalam liga bola sepak Malaysia.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
FIFA Arahkan Kelantan Bayar RM631,000 Kepada Cassio de Jesus Dalam 30 Hari Atau Digantung
Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19