Juventus dilaporkan sedia untuk melakukan pertukaran pemain bagi mendapatkan penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette.
The Old Lady memiliki beberapa nama pemain untuk melakukan transaksi tersebut. Mereka ialah Gonzalo Higuain, Douglas Costa ataupun Cristian Romero.
Dan sudah tentunya Juventus akan menambah wang sekali dalam rundingan terrsebut.
2 pemain yang kini dalam senarai untuk dijual ataupun dilepaskan Juventus ialah Sami Khedira dan Gonzalo Higuain. Ini bermakna Juventus sedang mencari no.9 baharu dalam pasukan mereka.
Menurut laporan oleh The Athletic, Juventus sangat berharap Arsenal akan menerima rundingan pemain tambah dengan wang.
Juventus have approached Arsenal over a possible transfer for Alexandre Lacazette, according to Calcio Mercato 👀 pic.twitter.com/0w4Yf783CS
— GOAL (@goal) August 12, 2020
Gonzalo Higuain sebelum ini pernah dipinjamkan ke Chelsea. Namun gagal mendapatkan kontrak tetap di Stamford Bridge.
Beliau kemudian kembali semula ke Juventus. Tetapi Higuain masih gagal untuk meyakinkan pengurus baharu Andrea Pirlo.
Douglas Costa antara nama pemain yang turut dalam senarai untuk memancing Lacazette. Pemain lincah dan kreatif tersebut sebelum ini menjadi rebutan banyak kelab besar.
Dalam satu lagi laporan, Andrea Pirlo turut menjadikan Alvaro Morata antara sasaarannya untuk dibawa kembali ke Juventus.
Juventus will reportedly offer Arsenal a choice of Gonzalo Higuain, Douglas Costa or Cristian Romero in exchange for Alexandre Lacazette.
The Athletic claims new boss Andrea Pirlo is ready to offer Mikel Arteta his choice of three men to help facilitate a deal. pic.twitter.com/0Y5QTXeI0a
— ARSENAL (@tomgunner14) August 12, 2020
Jadi, ini menunjukkan bahawa Pirlo benar benar mahu menguatkan barisan serangan beliau terlebih dahulu.
Baca juga perkembangan lain
UEL: Sevilla Singkir Wolves Selepas Jimenez Gagal Sempurnakan Penalti
UCL: PSG Singkirkan Atalanta Dengan Dramatik, 2 Gol Lewat Selepas Ketinggalan
Analisis: Lukaku Penyerang Inter Paling Tajam Sejak Etoo, Dan Pecah Rekod Shearer