Bekas pemain tengah Liverpool, Fabinho bagaikan mendapat durian runtuh apabila mendapat hadiah seutas jam tangan mewah selepas menjalani debut dalam saingan Saudi Pro League bersama Al-Ittihad baru-baru ini.

Al-Ittihad turun menentang Al-Raed pada aksi pembukaan liga dan skuad bimbingan Igor Jovićecheap jordan 4 nike air max 270 sale women’s adidas sneakers on sale custom basketball jerseys hockey jersey customizer nike air max correlate ass sex toy jordan nike air Custom Football Jerseys best jordan 4 adidas ultra boost custom jerseys adult sex toys cowboys jersey custom football uniforms cvić itu berjaya mendapat tiga mata apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 3-0.

Selepas perlawanan, salah seorang peminat memberikan hadiah jam tangan mewah yang dipercayai jenama Rolex kepada pemain kelahiran Brazil itu selepas menampilkan prestasi yang baik dalam perlawanan terbabit.

Perkara ini di luar kebiasaan kerana peminat jarang untuk memberikan hadiah mewah kepada pemain kegemaran mereka yang mana pemain selalu mendapat hadiah berupa kad ucapan ataupun hadiah lain.

Akan tetapi, memandangkan Fabinho beraksi di negara yang kaya dengan hasil bumi iaitu minyak serta mempunyai ramai jutawan di kalangan rakyat, maka perkara ini dianggap biasa oleh peminat di sana.

Tidak mustahil pemain bintang lain yang beraksi di Liga Arab akan mendapat hadiah mewah yang nilainya jauh lebih mahal sekiranya mereka membantu pasukan masing-masing memenangi perlawanan dalam saingan liga selepas apa yang berlaku ke atas pemain berusia 29 tahun itu.

Pada perlawanan semalam, Fabinho digandingkan dengan N’Golo Kante di bahagian tengah manakala seorang lagi pemain bintang iaitu Karim Benzema turut diturunkan dalam kesebelasan utama.

Selepas ini, Al-Ittihad akan turun menentang Al-Ta’ee dan sekiranya mencatat satu lagi kemenangan, maka mereka akan menjadi pendahulu sementara dalam carta liga.