Baru sebulan beraksi dalam saingan Saudi Pro League bersama Al-Ittihad, salah seorang pemain sayap pasukan itu iaitu Jota dilaporkan mahu meninggalkan pasukan.
Baca Juga:
- Peminat Ini Jelaskan Mengapa Beri Hadiah Jam Tangan Rolex Kepada Fabinho
- Nafi Kerana Wang, Benzema Sertai Al Ittihad Kerana Arab Saudi Negara Islam
- Al-Hilal Berikan Layanan Seperti Raja Kepada Neymar
Pada awal musim, Jota menjadi salah satu pemain berprofil tinggi yang menyertai kelab itu disamping Karim Benzema, N’Golo Kante dan bekas pemain tengah Liverpool, Fabinho.
Pemain yang sebelumnya beraksi di saingan Liga Premier Scotland bersama Celtic itu menyertai Ittihad dengan yuran perpindahan sebesar £25 Juta, rekod tertinggi yang pernah dibayar untuk mendapatkan pemain dalam sejarah kelab.
Ready for the first match in the league 💪 pic.twitter.com/KZGTcpMkCu
— Ittihad Club (@ittihad_en) August 13, 2023
Menurut laporan wartawan sukan tempatan, Jota mahu meninggalkan Al-Ittihad hanya selepas sebulan beraksi bersama pasukan itu namun tidak diketahui punca sebenar pemain itu mahu berhijrah.
Setakat dua perlawanan liga, Jota memulakan perlawanan dari bangku simpanan dan pemain kelahiran Portugal itu hanya dimasukkan pada separuh masa kedua dan masih belum menjaringkan sebarang gol.
Berbeza dengan pemain bintang lain dalam pasukan seperti Benzema, Kante dan Fabinho dimana ketiga-tiga pemain ini sentiasa menjadi pilihan ketua jurulatih, Nuno Espirito Santo untuk membarisi kesebelasan utama.
Al-Ittihad merupakan juara bertahan bagi saingan Saudi Pro League dimana mereka muncul sebagai juara dengan perbezaan lima mata dihadapan Al-Nassr dalam carta liga musim lalu.
Musim ini, setakat dua perlawanan, Al-Ittihad menduduki tangga pertama dalam carta liga setelah meraih dua kemenangan ketika menentang Al-Ta’ee dan Al-Raed.