Pengurus Al-Ittihad, Nuno Espirito Santo dikhabarkan mahu menyingkirkan salah seorang pemain bintang, Karim Benzema dengan alasan penyerang itu tidak sesuai dengan corak permainan yang digunakannya.
Baca Juga:
- Baru Sebulan Bersama Al-Ittihad, Jota Mahu Tinggalkan Pasukan
- Al-Hilal Berikan Layanan Seperti Raja Kepada Neymar
- Peminat Ini Jelaskan Mengapa Beri Hadiah Jam Tangan Rolex Kepada Fabinho
Benzema menyertai Ittihad dari Real Madrid dimana pemain itu dikhabarkan menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bernilai €600 Juta.
Setakat ini, pemain berusia 35 tahun itu diturunkan dalam dua perlawanan namun masih belum menjaringkan sebaranf gol. Namun Benzema menyumbang satu assist ketika menentang Al-Raed.
Akan tetapi, terdapat laporan dari media tempatan yang mengatakan Nuno mengadu kepada pihak pengurusan dengan mengatakan Benzema tidak sesuai dengan corak permainan yang beliau terapkan.
Selain itu, Nuno turut menegaskan beliau tidak bersetuju dengan perpindahan Karim Benzema ke Al-Ittihad pada awal musim ini.
Terdapat juga laporan yang mengatakan Benzema mahu jawatan sebagai ketua pasukan namun Nuno enggan memberi lilitan kapten kepada pemain itu sekaligus mengeruhkan lagi hubungan antara kedua pihak.
Sekiranya ketegangan ini tidak dapat diselesaikan, maka sama ada Benzema atau Nuno yang bakal meninggalkan juara bertahan Saudi Pro League itu.
Sebelum ini, rakan sepasukan Benzema iaitu Jota dilaporkan mahu meninggalkan pasukan hanya selepas sebulan beraksi dalam saingan Saudi Pro League.
Menurut laporan wartawan sukan tempatan, Jota mahu meninggalkan Al-Ittihad hanya selepas sebulan beraksi bersama pasukan itu namun tidak diketahui punca sebenar pemain itu mahu berhijrah.
Setakat dua perlawanan liga, Jota memulakan perlawanan dari bangku simpanan dan pemain kelahiran Portugal itu hanya dimasukkan pada separuh masa kedua dan masih belum menjaringkan sebarang gol.