Nasib pemain sayao kelahiran Portugal, Jota bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau ditendang keluar dari skuad Al-Ittihad bagi menghadapi saingan Saudi Pro League musim 2023/2024.
Baru-baru ini, Al-Ittihad menandatangani pemain pertahanan Itali, Luiz Felipe dari Real Betis dan mereka perlu menggugurkan seorang pemain Asing untuk memberi laluan kepada pemain baharu itu.
Menurut udang-udang baharu yang dipakai bermula musim ini, Saudi Pro League membenarkan setiap pasukan mendaftarkan seramai lapan pemain asing dalam skuad akhir dan hanya tujuh yang dibenarkan untuk dibawa dalam setiap perlawanan.
Dalam saingan AFC Champions League (ACL) pula, setiap pasukan bertanding hanya boleh mendaftarkan lima pemain asing dan satu tambahan pemain yang berasal dari negara yang menjadi ahli Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
🚨 Jota will not be part of Al-Ittihad’s squad list for league games, with new signing Luiz Felipe set to be registered ahead of him. ❌🇸🇦
He’s played just 133 minutes since joining for €30m in July and they already want him to leave. 👋
(Source: @Hattan_Alnajjar) pic.twitter.com/2an5kUl3mi
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 7, 2023
Pengurus pasukan, Nuno Espirito Santo lebih memilih untuk membawa Luiz Filipe dan beliau memutuskan untuk menendang keluar Jota dari skuad musim ini.
Sebelum ini, pemain berusia 24 tahun itu mahu meninggalkan pasukan atas sebab yang tidak diketahui dan perkara ini nyata membuat pihak kelab merasa kecewa dengan pemain itu.
Sejak menyertai Ittihad, Jota hanya beraksi dalam lima perlawanan dimana majoritinya hadir menerusi pemain gantian dan beliau menyumbang satu jaringan. Statistik ini dianggap mengecewakan kerana pemain itu sebelum ini menampilkan prestasi yang baik bersama kelab Scotland iaitu Celtic.
Pada awal musim, Jota menjadi salah satu pemain berprofil tinggi yang menyertai kelab itu disamping dua bekas pemain skuad kebangsaann Perancis, Karim Benzema dan N’Golo Kante serta bekas pemain tengah Liverpool, Fabinho.
Pemain itu menyertai Al-Ittihad dengan yuran perpindahan sebesar ÂŁ25 Juta, rekod tertinggi yang pernah dibayar untuk mendapatkan pemain dalam sejarah kelab.
Al-Ittihad merupakan juara bertahan bagi saingan Saudi Pro League dimana mereka muncul sebagai juara dengan perbezaan lima mata dihadapan Al-Nassr dalam carta liga musim lalu.
Setakat ini, Ittihad menghuni tangga teratas dalam carta liga dengan kutipan 15 mata diikuti dengan Al-Hilal di tangga kedua dan Al-Taawoun di tangga ketiga.