Kelab Al Ittihad dari Arab Saudi enggan bermain menentang Sepahan dari Iran untuk aksi Liga Juara Juara Asia.

Baca Juga:

Dan ia memaksa perlawan ditunda kerana Al Ittihad hanya akan bermain jika patung Major Jeneral Qassem Soleimani dikeluarkan dari tepi padang.

Patung Qassem Soleimani telah diletakkan di tempat laluan masuk pemain ke dalam padang. Dan ianya menimbulkan rasa tidak senang kelab Al Ittihad dan kerajaan Arab Saudi.

Pemain dan jurulatih Al Ittihad tidak akan keluar dari bilik persalinan selagi lagi patung itu ada di situ dan tidak dialih keluar dari Stadium Naghsh-e Jahan di kota Isfahan, Iran.

AFC dalam kenyataannya berkata: “AFC komited dalam memastikan keselamatan pemain, pegawai perlawanan, penyokong dan semua yang terlibat.”

“Isu ini akan dipanjangkan kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab.”

Soleimani merupakan salah seorang individu paling berpengaruh di Iran sebelum ini. Dia juga menjadi salah seorang tokoh yang paling dibenci di Arab Saudi walaupun kerap digelar pahlawan sejati oleh kerajaan Iran.

Dia terbunuh dalam serangan udara oleh tentera AS pada Januari 2020.

Patung dan gambarnya diletakkan di sekitar stadium tempat pertandingan antara Sepahan dan Al Ittihad yang sudah pun dibanjiri lebih 60,000 penyokong.

Isu ketegangan politik Iran dan Arab Saudi memang agak panas. Sebelum ini Iran menggelar Arab Saudi sebagai sekutu Israel yang menikam belakang Palestin.

Walaupun ada usaha dilakukan oleh kedua dua negara untuk meredakan ketegangan politik dalam beberapa bulan ini, namun sebenarnya situasi masih tidak membaik.

Salah satu sebab kenapa pemimpin kedua dua negara cuba menjernihkan sedikit hubungan mereka adalah kerana adanya aksi bola sepak di antara kelab mereka dalam Liga Juara Juara Asia.

Ini untuk memastikan kelab kedua dua negara itu dapat bermain home dan away selepas bermain di gelanggang berkecuali selama 7 tahun setiap kali ada perlawanan rasmi antara kelab Saudi dan Iran.

Sebelum ini aksi Al Nassr di Tehran merupakan yang pertama melibatkan kelab Arab Saudi untuk bermain di negara itu sejak 2016. Peminat peminat bola sepak di Iran tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri Cristiano Ronaldo beraksi di negara mereka.

Malah Al Nassr terpaksa membatalkan sesi latihan kerana kem latihan mereka diserbu puluhan ribu peminat Ronaldo. Seterusnya, Al Nassr tidak yakin dengan keselamatan pemain mereka

Sebagai tambahan, sebelum ini aksi antara kelab Arab Saudi dan Iran di gelanggang berkecuali akan diadakan dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat.