Jurulatih Portugal, Fernando Santos, mempertahankan kaptennya Cristiano Ronaldo, yang mengamuk di padang ketika aksi menentang Serbia untuk perlawanan kedua Kumpulan A 2022 Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah.
Ronaldo yang marah kemudian telah membaling lilitan kapten yang dikritik oleh ramai pihak.
Bekas pemain Portugal, Fernandi Meira menyatakan: “Jelas itu gol, reaksi Ronaldo itu normal, namun kamu tidak boleh membaling lilitan kapten seperti itu.”
Malah ada yang merasakan Ronaldo harus dilucutkan jawatan sebagai kapten.
Cristiano Ronaldo walked off the pitch before the final whistle at the end of the Serbia-Portugal game, and threw his captain's armband in frustration. pic.twitter.com/I2i9uwkPhM
— ESPN FC (@ESPNFC) March 27, 2021
Ronaldo ketika itu kecewa dengan pengadil yang tidak meniup wisel gol walaupun bola percubaannya sudah melepasi garisan. Gol yang tak dikira itu sebenarnya bersih dan ianya boleh memberikan kemenangan dramatik kepada Portugal pada minit ke-90+3 – masa kecederaan.
Pada ketika itu, kedudukan masih 2-2. Gol itu tidak disahkan kerana pengadil berpendapat bola telah dikeluarkan oleh pemain pertahanan Serbia Stefan Mitrovic sebelum melintasi garisan gol.
Namun, Cristiano Ronaldo merasakan bola yang dijaringkannya terhadap Serbia telah melewati garisan. Walaupun di replay, bola sebenarnya menunjukkan ia dengan jelas sudah melintasi garisan gol.
Cristiano Ronaldo sangat dan berteriak kepada penjaga garisan. Ronaldo meninggalkan padang dengan emosi sekali.
Namun, Santos tetap mempertahankan Ronaldo dan memberi jaminan bahawa Ronaldo akan kekal menjadi kapten mereka.
Santos malah menganggap tindakan Ronaldo itu adalah satu contoh kepada pemain lain tentang betapa semangatnya pemain itu bermain untuk negaranya.
“Itu hanya detik yang mengecewakan Cristiano, dan dia akan kekal sebagai kapten. Dia adalah teladan bagi semua orang,” kata Santos.
Portugal's coach, Fernando Santos, when asked if Cristiano Ronaldo will remain captain.
I guess this answers it 😂credit to: @gary_dejesus pic.twitter.com/gymh41tqXK
— SÌ´ousa (@MythCris) March 29, 2021
“Sekiranya dia telah menyinggung perasaan perasaan atau rakan sepasukannya, kami akan memikirkannya, tetapi tidak ada apa yang terjadi.”
“Dia selalu mahu menang, dan dia sangat kecewa. Dia memberikan segalanya untuk pasukan kebangsaannya.”
“Dia menerbitkan catatan media sosial 10 minit selepas perlawanan berakhir, tetapi tidak ada yang membincangkannya.”
Sebelum ini, Fernando Santos mendedahkan bahawa pengadil Danny Makkelie datang kepadanya dan meminta maaf kerana pengadilan lemah mereka membuatkan gol kemenangan masa kecederaan Cristiano Ronaldo tidak dikira.
Santos berkata: “Pengadil datang kepada saya selepas melihat ulang tayang apa yanbg berlau dan meminta maaf di atas kesilapan mereka.”
“Saya tidak dapat mejelaskan tentang keputusan hari ini. Kita mengkaji corak permainan Serbia. Dan kita tahu cara bermain menentang mereka seperti yang kita lakukan di separuh masa pertama. Kita tahu mereka akan menukar corak permainan, dan mereka ada pemain untuk melakukannya.”
“Namun akhirnya, bola [Ronaldo] yang sudah setengah meter masuk tidak dikira. Ianya akan memberikan kemenangan kepada kami jika dikira.”
Baca juga atikel lain
RASMI: Sergio Aguero Tinggalkan City Akhir Musim Ini, Kelab Bina Tugu Penghormatan
Logo Baharu RFEF Ini Ambil Masa Setahun Setengah Untuk Disiapkan, Namun Peminat Tak Gembira
Xavi: Joachim Low Calon Terbaik Kendalikan Barca Kerana Falsafah Bola Sepaknya