Legenda Manchester United, Paul Scholes menjelaskan pandangan beliau mengapa Bruno Fernandes tidak layak memenangi anugerah pemain Liga Perdana Inggeris musim ini.
Walaupun Scholes tidak menafikan bahawa pemain berusia 26 tahun itu bakat istimewa, dia mendakwa Fernandes perlu menjadi “pengaruh yang lebih besar” untuk memberikan inspirasi kepada pasukannya untuk memenangi perlawanan menentang pasukan terbaik dalam perlawanan besar di liga.
Scholes turut mendedahkan, salah satu sebab kenapa Fernandes seringkali gagal menonjol dalam perlawanan besar adalah kerana pertahanan mereka memerlukan perlindungan lebih ketika aksi tersebut.
Bruno Fernandes against the 'Big Six’ in the Premier League this season:
7 games
1 goal
0 assists pic.twitter.com/8yhL24qaOP— ESPN FC (@ESPNFC) February 28, 2021
Kesannya, Bruno Fernandes akan terkesan dengan peranan yang lebih defensif.
“Apa yang dia bawa ke pasukan United ini … sangat istimewa,” kata Scholes kepada Optus Sport mengenai perancang dari Portugal itu.
Paul Scholes questions Bruno Fernandes after Chelsea draw #mufc https://t.co/dGlVWv7aFF pic.twitter.com/wm7eLi8vDK
— Man United News (@ManUtdMEN) March 1, 2021
“Dia mencipta gol, menjaringkan gol – namun bukan dalam perlawan besar – tetapi di dalam banyak perlawanan.’
“Pada akhirnya, di Man United anda berada di sana untuk memenangi piala dan perlawanan besar dan dia harus menjadi pengaruh yang lebih besar daripada perlawanan seperti itu.”
Paul Scholes shoots down Bruno Fernandes' PFA Player of the Year claims https://t.co/yWR7jEb7hz pic.twitter.com/h0Sf3iKkNp
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 2, 2021
“Saya dapat memberikan alasan sedikit untuk beliau – dengan bahagian tengah United – yang bagi saya, mereka perlu melindungi pertahanan dengan banyak sekali, terutama dalam perlawanan besar, berdepan dengan pasukan menyerang yang bagus.”
“[Pemain tengah] duduk terlalu ke bawah dan dia tidak mendapat sokongan dari pemain tengah, sedangkan itu adalah penting baginya … Dia memerlukan pemain pemain lain di sekelilingnya untuk memacu mereka naik sehingga dia mendapat ruang yang dia mahukan.”
Scholes, yang memenangi 11 gelaran Liga Perdana dan dua Liga Juara-Juara di Old Trafford, menambah, faktor lain mengapa Fernandes tidak seharusnya meraih anugerah PFA musim ini adalah kerana pada pandangan beliau, pemain Manchester City lebih layak.
“Dia seharusnya berada dalam senarai pencabar [untuk Pemain Terbaik PFA], tidak ada keraguan tentang itu, tetapi saya selalu percaya bahawa pemain terbaik adalah pemain yang bermain untuk pasukan yang memenangi liga,” kata Scholes.
“Dan ada beberapa pemain City yang akan saya pilih sebelum Bruno.”
Fernandes ketika ini dianggap calon pilihan utama setelah menjaringkan 15 gol dan meraih 10 assist di liga sahaja musim ini.
Michael Owen setuju dengan Scholes dan berkata: “Nama nama seperti [Ilkay] Gundogan, [Ruben] Dias, [Joao] Cancelo muncul [untuk menjadi calon pilihan].”
“Melihat lebih jauh, saya rasa Jack Grealish telah menjalani musim yang cemerlang. Dia antara beberapa pemain yang terlintas di kepala saya [untuk calon pemenang].”
Baca juga perkembangan lain
EPL: Manchester City Ulangi Rekod 2017, Dan 15 Mata Di Atas United
TERKINI: Bartomeu Dan CEO Semasa Barca Ditahan Kerana Skandal ‘Cybertrooper’ Burukkan Pemain Sendiri