Manchester City benar benar sudah lupa apa itu kekalaha. Dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia, City menang 4-1 ke atas Wolves. Kemenangan ini memastikan The Citizens semakin kukuh di persada liga dengan 15 mata.
Manchester City membuka jaringan pada minit ke-15 dengan gol sendiri dari Leander Dendoncker. Beliau cuba menghalang bola Mahrez daripada sampai kepada Sterling namun beliau tertampan bola ke gawang sendiri.
19 – Man City haven’t trailed for a single minute in any of their last 19 Premier League games – equalling Arsenal’s competition record of 19 consecutive games without falling behind, set between December 1998-May 1999. Relentless. pic.twitter.com/qg4EvDyVC9
— OptaJoe (@OptaJoe) March 2, 2021
Manchester City berjaya menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-44 menerusi Aymeric Laporte. Namun, pengadil tidak membenarkan gol tersebut selepas merujuk kepada VAR. Lengan Aymeric Laporte dianggap ofsaid.
Oleh itu babak pertama cuma ada satu gol terhasil dengan City masuk ke bilik persalinan dengan skor 1-0.
Bersambung babak kedua, perlawanan menjadi lebih menarik. Wolves berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi Conor Coady yang menewaskan Ederson Moraes dengan tandukan, menerima hantaran daripada sepakan percuma.
Ketika perlawanan seakan akan bakal berakhir seri 1-1, pada 10 minit terakhir, City menjaringkan 3 gol.
Gabriel Jesus meletakkan City kembali di hadapan pada minit ke-80 selepas hantaran Kyle Walker gagal dikeluarkan dengan baik oleh pemain Wolves.
Alô Mãe 🤙🏽👨🏾😅 pic.twitter.com/AOqMKafaYw
— Gabriel Jesus (@gabrieljesus9) March 2, 2021
Perjuangan Wolves berakhir apabila Mahrez menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-90. Mahrez melakukan rembatan deras daripada situasi bola bergolek ke arahnya ketiga Sterling dicabar pemain lawan.
Dan Gabriel Jesus menambah gol keempat tuan rumah pada masa kecederaan. Sekali lagi Ilkay Gundogan menjadi pencetus kepada gol tersebut.
Manchester City kini sudah tak kalah dalam 28 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Menyamai rekod mereka sendiri pada 2017 dari April – Disember tahun tersebut.
FULL-TIME | Our relentless form continues!
🔵 21 wins in a row in all competitions
🔵 28 games unbeaten to equal our club record run🔷 4-1 🐺 #ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/EMvBOpYAL9
— Manchester City (@ManCity) March 2, 2021
Dengan berbaki 11 perlawanan lagi, City unggul dengan 15 mata di atas Manchester United.
Mereka juga menjadi pasukan pertama yang secara matematiknya selamat daripada zon penyingkiran.
Manchester City are the first team mathematically safe from relegation this season 😅 pic.twitter.com/hHrbagzSZj
— B/R Football (@brfootball) March 2, 2021
Baca juga perkembangan lain
TERKINI: Bartomeu Dan CEO Semasa Barca Ditahan Kerana Skandal ‘Cybertrooper’ Burukkan Pemain Sendiri