Cedena SER melaporkan Polis menahan bekas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, Ketua Eksekutif Kelab (CEO), Oscar Grau, pegawai perundangan barca Román Gómez Pontí. serta orang kanan Bartomeu Jaume Masferrer.

Kesemua mereka ditahan atas tuduhan salah laku pentadbiran termasuk korupsi dan pengubahan wang haram.

Polis menggeledah pejabat pentadbiran Barcelona untuk mencari informasi berkaitan kes tersebut. Dan pejabat tersebut ditutup sementara oleh polis dengan notis larangan masuk.

Keadaan itu membuatkan beberapa staf gagal untuk akses ke premis dan fasiliti kelab.

SER turut meloporkan bahawa syarikat I3 Ventures turut diserbu. I3 Venterus merupakan cyber trooper upahan Bartomeu untuk memburukkan nama Messi dan Pique. Di mana pentadbiran Bartomeu membayar sekitar €1 juta kepada mereka.

Skandal itu digelar Barcagate. Cyber trooper ini akan cuba menyerang Lionel Messi dan beberapa pemain lain di media sosial untuk menampakkan bahawa mereka sebenarnya masalah kepada kelab.

Selain daripada pemain yang sedang bermain untuk Barca, legenda seperti Xavi Hernandes turut menjadi sasaran selain daripada pencabar jawatan presiden, Victor Font dan Agusti Benedito.

Manakala €200,000 lagi masih menunggu pengesahan daripada lembaga pengarah yang dipimpin Josep Maria Bartomeu. Malang sekali kerana Bartomeu sudah pun dipecat.

Bartomeu dan I3 sudah menafikan perkara itu dan menganggap ianya sebagai tuduhan tidak berasas.

Sebelum ini, hubungan Messi dan Bartomeu retak kerana Messi dilaporkan kecewa dengan laporan yang mengaitkan cybertrooper upahan kelab memburukkan pemain sendiri.

Ianya membuatkan Messi mahu meninggalkan kelab. Namun dihalang oleh Bartomeu.

Baca juga perkembangan lain

Adakah Mourinho Sindir Zidane?

Solskjaer Kritik Pengadil & Frank Lampard: “2 Mata Kami Dirompak”

EPL: Assist Lingard Masih Tak Mampu Halang Kemenangan Ke-20 City Berturut Turut