Pengarah Teknikal Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Indra Sjafri kurang bersetuju dengan kehadiran pemain naturalisasi atau kacukan dari luar negara bagi memperkuatkan skuad garuda muda (bawah 19 tahun) dalam kempen AFC B-19 dan Piala Dunia B-20.

Menurut kenyataannya dalam kompas, beliau menyifatkan pemain tempatan mempunyai kualiti yang tersendiri dan mahu membuktikan kepada dunia tentang kehebatan anak muda Indonesia.

“Ada dua strategi pembentukan pasukan B-20. Kami mahu tunjukkan kepada dunia, ini lah hasil pembinaan kami, ini lah keputusan kami bahawasanya semua pemain yang tampil adalah anak-anak Indonesia tetapi dengan segala risiko,” katanya.

Indra Sjafri dan Shin Tae-yong. (Foto: PSSI.org).
Indra Sjafri dan Shin Tae-yong. (Foto: PSSI.org).

Beliau sebelum ini pernah melatih skuad Indonesia B-16 dan B-19 dan berjaya membantu pasukan itu menjuarai Piala AFF B-19 namun menyedari masih jauh untuk bersaing di peringkat dunia.

“Pasukan saya dari usia 16 hingga 19 tahun pernah mengalahkan Jepun. Selangkah lagi masuk ke Piala Dunia. Walaupun kami mengalahkan UAE di peringkat kumpulan tetapi masih belum mampu mara ke peringkat seterusnya.

“Kalau mahu jujur, kualiti kita masih rendah di peringkat dunia,” katanya jurulatih yang berasal dari Sumatera Barat itu.

Kenyataan daripada Indra Sjafri itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat bola sepak Indonesia di media sosial. Malah, mereka turut melancarkan hashtag #IndraSjafriOut di laman twitter sebagai protes dan tanda bantahan.

https://twitter.com/horabpodcast/status/1283788310737899521

PSSI sebelum ini dikhabarkan sedang memantau beberapa pemain berdarah keturunan Indonesia di luar negara bagi memperkuatkan pasukan itu. Antara pemain yang menjadi pilihan ialah Jack Brown (Lincoln City FC U-18), Joseph Ferguson (Blackburn Rovers U-18), Elkan Baggott (Ipswich Town U-18).

Satu lagi nama terbaharu yang telah dihubungi oleh badan induk itu ialah Nyoman Paul Aro yang beraksi dengan kelab Sweden, Skovde AIK.

Bagaimanapun, Indra menyerahkan sepenuhnya kepada pengendali skuad B-19, Shin Tae-yong untuk membuat keputusan mengenai pemilihan pemain.

“Jadi, kebijakan itu akan diambil oleh jurulatih. PSSI hanya menyokong keputusan jurulatih,” tegas Indra Sjafri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Kashima Antlers Buka Tempahan Pakej ‘Matchday’ Paling Mahal, Jemput Penyokong Ke Stadium Naik Helikopter

Pemain Sayap Kiri RB Leipzig U19, Oliver Bias Dilaporkan Sudah Memohon Kerakyatan Filipina.

“Nguyen Cong Phuong Gagal Di Incheon United Kerana Tidak Menepati Kehendak Jurulatih”