Indonesia dan Jepun sedang mengkaji potensi untuk menjalankan kerjasama dimana bekas jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Takeshi Okada dibawa masuk dalam projek tersebut.
Menurut perkongsian J. league Indonesia, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) akan dibantu oleh pemain Jepun yang sudah lama berkarier di Liga Indonesia, Shohei Matsunaga bagi berkomunikasi dengan kelab tempatan yang berminat untuk mendapatkan ilmu dari Takeshi.
Indonesia dan Jepang sedang menjajaki potensi kerjasama untuk pengembangan sepakbola di Indonesia dengan eks pelatih timnas Jepang yang sukses membawa Samurai Blue ke Piala Dunia untuk pertama kalinya, Takeshi Okada. pic.twitter.com/axw5epXCzd
— JLI (@indo_jleague) March 2, 2022
Takeshi merupakan sebahagian daripada staf kejurulatihan yang membawa Jepun layak buat pertama kali ke temasya Piala Dunia pada edisi 1998.
Saingan bola sepak Jepun kembali mendapat perhatian peminat bola sepak Indonesia selepas pemain muda mereka, Pratama Arhan menyertai kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.
Kelab Pratama, PSIS Semarang mengesahkan mereka melepaskan pemain berusia 19 tahun itu secara percuma bagi menyokong perkembangan karier Pratama.
CEO PSIS mengonfirmasi jika mereka melepas Pratama Arhan ke Tokyo Verdy 🇯🇵 secara gratis demi keberlangsungan karir dan masa depan sang pemain. 👏🏻 pic.twitter.com/xqKs5rpnb2
— Extra Time Indonesia (@idextratime) February 16, 2022
Selepas beberapa hari menyertai Tokyo, dapat dilihat laman media sosial kelab tersebut menerima impak positif dimana terdapat peningkatan dalam bilangan pengikut.
Sebelum pengumuman perpindahan Pratama dibuat, pengikut Instagram Tokyo Verdy hanya sekitar 24,000 sahaja, namun angka pengikut terkini selepas hanya 3 hari mencatatkan peningkatan lebih 1100%!
Bersama Tokyo Verdy, Pratama akan memakai jersi bernombor 38 dan beliau dijangka membuat penampilan pertama dalam jangka masa terdekat.
Antara pemain dari rantau Asia Tenggara yang beraksi di divisyen kedua liga bola sepak Jepun itu ialah Jefferson Tabinas (Mito HollyHock), Paul Tabinas (Iwate Grulla Morioka), Sittichok Paso, Vũ Hồng Quân dan Phạm Văn Luân (FC Ryukyu).
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Jordan Ayimbila Tinggalkan Selangor Untuk Sertai Kelab Amerika Syarikat