Bekas penyerang Terengganu, David Da Silva terus menampilkan taringnya bersama Persib Bandung apabila meneruskan rentak jaringan ketika menentang musuh tradisi iaitu Persija Jakarta dalam saingan Liga 1 yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta semalam.

David Da Silva diturunkan dalam kesebelasan utama okeh ketua jurulatih, Robert Alberts pada perlawanan Derby terbesar di Liga Indonesia itu dan beliau digandingkan dengan Bruno Castanhede di bahagian serangan.

David tampil tajam dan beliau berjaya menjaringkan dua gol, masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua sekaligus menghadiahkan kemenangan kepada Persib.

Pemain berusia 32 tahun itu kembali ke Liga 1 dan menyertai Persib setelah kontraknya tidak disambung oleh pihak pengurusan Terengganu bersama seorang lagi pemain iaitu Makan Konate.

Sepanjang beraksi bersama Terengganu, Da Silva gagal menampilkan prestasi terbaik apabila hanya mampu menjaringkan 7 gol dalam saingan Liga Super.

Lebih buruk apabila beliau kehilangan tempat kepada Jordan Mintah dalam saingan Piala Malaysia musim lalu dimana ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain lebih memilih untuk menurunkan Mintah dalam kesebelasan utama berbanding beliau.

Perkara ini berbeza pada awal musim 2021 dimana David menunjukkan prestasi yang baik dan beliau turut dilantik sebagai ketua pasukan. Namun bekas pemain Persebaya itu gagal mengekalkan prestasi.

Kemenangan ke atas Persija membolehkan Persib untuk menghuni tangga kedua dalam carta liga dimana mereka ketinggalan 3 mata dibelakang pendahulu iaitu Bali United.

Sekiranya Da Silva mengekalkan prestasi, tidak mustahil Persib mampu untuk terus berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik dan terus memberikan cabaran bagi merebut kejuaraan musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Dibawa Khas Dari Turki, Penang Lancar Jersi Rasmi Pada 3 Mac Ini

Zhafri Yahya: Lupakan Kekalahan Bertemu JDT, Fokus Hadapi Selangor

Selangor Nafi Mahu Dapatkan Daniel Ting