Selangor menafikan khabar angin yang mengatakan mereka bakal mendapatkan khidmat pemain pertahanan kacukan Malaysia-England, Daniel Ting selepas pemain itu meninggalkan Kuala Lumpur City.
Menurut laporan yang dipetik dari NST, pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengakui tahun lalu pihaknya berminat untuk mendapatkan khidmat Daniel, namun kemudiannya terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Menurut Mahfizul, Daniel mempunyai klausa penyambungan kontrak secara automatik bersama KL City dan perkara itu dilihat satu kekangan bagi Selangor. Kelab Lembah Klang itu kemudiannya menandatangani Fazly Mazlan untuk memperkuatkan benteng pertahanan.
Daniel terpaksa meninggalkan KL City setelah beliau berdepan kekangan untuk kembali ke Malaysia ekoran masalah peribadi yang dihadapinya. Pemain berusia 29 tahun itu ketika ini berada di London.
Selangor akan memulakan saingan Liga Super musim 2022 dengan menentang Kuala Lumpur City yang baru saja tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium KLFA, Cheras pada Jumaat ini.
Michael Feichtenbeiner diberikan tanggungjawab sebagai ketua jurulatih dan pengendali musim lalu, Karsten Neitze menjadi penolong jurulatih bersama Nidzam Jamil.
Musim lalu, Selangor menamatkan saingan liga di tangga ke-5 dan berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dimana mereka tewas kepada juara iaitu Kuala Lumpur City.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Tengku Amir Harap Skuad Harimau Malaya Raih Banyak Kejayaan Dibawah Kendalian Kim Pan-gon