Manchester United dilaporkan sudah menyelesaikan urusan perpindahan bek tengah Ajax, Lisandro Martinez.
Pakar berita perpindahan Eropah, Fabrizio Romano menulis: “Lisandro Martínez ke Manchester United, here we go!”
“Kesepakatan penuh antara Man United dan Ajax untuk pakej sehingga €55 juta. Lisandro akan menandatangani kontrak 2027, dokumen sekarang ini sudah disahkan.”
“Urusan perpindahan selesai – pertemuan di Amsterdam pada Rabu menjadi kunci utama. Ten Hag menjadi faktor paling penting.”
Sebelum ini The Athletic melaporkan bahawa Manchester United berusaha keras untuk memastikan rundingan ini dapat dimeterai.
Lisandro Martinez sudah menyatakan bahawa dia mahu ke Liga Perdana Inggeris dengan Arsenal dan Manchester United dalam pertimbangannya.
Namun pemain itu akhirnya memilih untuk bergabung semula dengan Erik Ten Hag.
Bidaan pertama United bernilai €45 juta telah ditolak. Kedua dua kelab kemudian sepakat dengan nilai perpindahan €55 juta.
Erik Ten Hag sangat inginkan Lisandro Martinez yang memahami sistem permainan kehendaknya.
Selain itu, Martinez juga menjadi pemain penting kerana serba boleh. Dia boleh bermain di posisi berbeza dan formasi berbeza.
Martinez, pemain berusia 24 tahun dari Argentina, akan terus menyertai kem pra musim Manchester United di Australia.
Lisandro Martínez to Manchester United, here we go! Full agreement in place between Man United and Ajax for package up to €55m. Lisandro will sign until 2027, documents now approved. 🚨🔴 #MUFC
Deal done – meeting in Amsterday on Wednesday was the key step. Ten Hag, big factor. pic.twitter.com/qyYskmgNMU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 15, 2022
Martinez menjadi penandatanganan kedua yang disahkan secara rasmi oleh Manchester United selepas Tyrell Malacia.