Pep Guardiola pertikai masa kecederaan yang terlalu lama ketika aksi Perisai Komuniti antara Arsenal dan Man City.
Baca Juga:
- Arsenal Juara Perisai Komuniti 2023/24 Atas Man City
- Arsenal Nak Raya, Dan Pemain Sudah Setuju
- Ajax Berjaya ‘Hijack’ Bakat Prospek City, Carlos Borges Daripada Sertai West Ham
Arsenal membawa pulang perisai Komuniti ke-17 dalam sejarah kelab. Dan Man City kalah buat kali ketiga berturut turut.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata selepas itu bahawa peraturan baharu untuk menambah lebih banyak masa pada penghujung permainan.
Pep Guardiola pertikai peraturan baru masa kecederaan selepas Manchester City melepaskan gol pada minit ke-101 dalam kekalahan kepada Arsenal dalam Perisai Komuniti.
Leandro Trossard menyamakan kedudukan 11 minit memasuki masa kecederaan dan Arsenal terus menang menerusi sepakan penalti.
Pada asalnya terdapat lapan minit masa kecederaan tetapi ia dilanjutkan selepas pertembungan kepala antara Kyle Walker dan Thomas Partey.
Perlawanan Liga Inggeris nampaknya akan diteruskan lebih lama musim ini kerana pengadil akan menambah lebih banyak masa untuk sebarang aksi yang melengahkan perlawanana dalam usaha untuk memaksimumkan aksi bola sepak serta mengurangkan pembaziran waktu.
“Ia tidak menjengkelkan, kami perlu membiasakannya,” kata pengurus City, Guardiola.
“Saya mempunyai perasaan, bukan kerana kami sedang mendahului 1-0, namun saya mempunyai perasaan bahawa banyak perkara tidak berlaku untuk membolehkan aksi harus dilanjutkan selama lapan minit.”
“Tetapi ia adalah soalan yang bagus untuk Lembaga Antarabangsa [FIFA yang mengarahkan perubahan peraturan – namun mereka tidak memberikan taklimat lebih terperinci kepada kami pengurus dan para pemain.”
🗣 "The games will be one hundred minutes, that's for sure"
Pep Guardiola reacts after Manchester City concede in the 101st minute against Arsenal in the Community Shield ⌛ pic.twitter.com/5JAriLRgZf
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 6, 2023
“Apa pendapat mereka, kita kena terima dan kita kena buat.”
“Sekarang permainan tidak akan menjadi 90 minit, ia akan menjadi 100 minit, itu sudah pasti. Ia tidak pernah berlaku, dan hari ini, ia adalah lapan minit, bayangkan jika mereka melanjutkan untuk gol dan setiap kali anda menjaringkan gol dalam perlawanan [dengan jaringan] 4-3.”
“Pengadil akan menambah 30 saat, 45 saat untuk tujuh gol, esok pagi pukul 9 pagi pun saya di sini bermain.”
Menurut peraturan IFAB, masa kecederaan adalah waktu minimum untuk perlawanan dilanjutkan. Pengadil boleh menambahnya lagi namun tidak boleh mengurangkannya.
Premier League sudah menyatakan bahawa mereka akan mengguna pakai sistem lanjutan masa seperti Piala Dunia 2022 untuk mengekang pemain melengahkan masa dan memberikan penonton lebih banyak aksi bola sepak.