Bintang Barcelona Antoine Griezmann menamatkan kontraknya dengan penaja, Huawei. Ini selepas terdapat kecurigaan bahawa syarikat itu berkomplot terlibat dalam penganiayaan terhadap etnik Uighur di China.
Masyarakat Uighur di China telah lama dikatakan menjadi mangsa penganiayaan oleh pemerintah China.
Bahkan ada tuduhan bahawa ramai orang dari suku tersebut ditangkap dan ditahan di kem khas. Masalah itu terus berlarutan sehingga kini.
Terbaru, laporan dari The Washington Post yang mendedahakan bahawa Huawei terlibat dalam penganiayaan. Berita itu disahkan oleh sebuah organisasi penyelidikan bernama IPVM.
Syarikat itu dilaporkan sedang mengembangkan perisian pengenalan wajah ataupun teknologi pengecaman wajah, dengan sebuah syarikat bernama Megvii.
Perisian yang dipanggil ‘Uighur Alerts / Alarms’ kemudiannya dapat mengenal pasti usia, jantina dan etnik seseorang walaupun dalam jumlah yang ramai.
Laporan tersebut sampai ke Antoine Griezmann. Bintang pasukan kebangsaan Perancis itu segera mengambil tindakan tegas terhadap Huawei.
Dia menamatkan kontraknya dengan syarikat itu. Selain itu, pemain berusia 29 tahun itu juga meminta Huawei menggunakan pengaruhnya untuk mempromosikan hak asasi manusia yang sama.
Football star Griezmann severs ties with Huawei over Uighurs https://t.co/Xepbt0XClN
— BBC News (World) (@BBCWorld) December 10, 2020
“Berikutan kecurigaan yang kuat terhadap syarikat Huawei yang akan menyumbang kepada pengembangan ‘Uyghur Alert’ hasil perisian pengecam wajah, saya dapat mengumumkan bahawa saya telah segera menghentikan kerjasama saya yang menghubungkan saya dengan syarikat ini.”
Jangan sekadar nafikan, ayuh lakukan sesuatu – Griezmann
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak Huawei untuk tidak hanya senang dengan menyangkal tuduhan ini, tetapi juga untuk mengambil tindakan pro aktif secepat mungkin untuk mengecam penganiayaan besar-besaran ini.”
“Dan menggunakan pengaruhnya untuk menyumbang menghormati hak-hak lelaki dan wanita dalam semua lapisan masyarakat.” tulis Griezmann menulis di akaun Instagramnya.
Ikut jejak langkah Ozil pertahan Uighur
Tindakan Antoine Griezmann boleh dikatakan mengikut jejak langkah yang pernah ditentang oleh bintang Arsenal, Mesut Ozil.
Pemain terbaik Jerman 5 kali itu juga mempertahankan orang Uighur pada bulan Disember 2019.
“Al-Quran dibakar. Masjid ditutup. Sekolah-sekolah Muslim dilarang. Para sarjana agama dibunuh satu demi satu, saudara-saudara dihantar ke kem,” tulis Ozil di Twitter.
“Orang Islam diam. Suaranya tidak didengar,” tegas Ozil lagi.
“Apa yang akan diingat beberapa tahun ke depan bukanlah seksaan kezaliman, tetapi kesunyian saudara Muslim mereka [yang tak bersuara],” pungkasnya.
Kesan daripada kecaman Ozil terhadap China, beliau dikeluarkan dari permainan PES 2020 di China. Bukan hanya itu, sebagai bentuk protes, perlawanan Arsenal vs Manchester City pada Minggu ke-17 Liga Perdana juga diharamkan daripada ditayangkan di China.
Ramai juga percaya, tindakan Ozil itu membawa kepada isu masa depannya di kelab kerana Arsenal sebuah kelab yang mengutamakan nilai komersial.
Adakah Griezmann akan dikenakan tindakan yang sama oleh Barcelona ataupun KONAMI selepas ini?
Baca juga perkembangan lain
TERKINI: Qatar Benarkan Bendera Pelangi Dan LGBT Berkibar Di Stadium Piala Dunia 2022