Barcelona sebelum ini menawarkan Antoine Griezmann kepada Manchester City. Ini kerana kelab bimbingan Guardiola itu baru kehilangan Sergio Aguero yang menyertai Barcelona secara percuma.
Barcelona berniat untuk melepaskan beberapa bintangnya untuk mengurangkan beban kewangan kerana hutang yang sangat tinggi dan boleh mencecah lebih €1 billion pada musim akan datang.
Namun laporan oleh Manchester Evening News menyatakan bahawa Man City sudah memaklumkan kepada Barcelona bahawa mereka tidak berminat untuk mendapatkan Griezmann. Ini agar Barcelona tidak menunggu sebarang bidaan daripada mereka dan mulai mencari pembeli lain.
Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu akan berada di bursa perpindaghan pemain untuk mencari penyerang baharu. Tetapi mereka lebih berminat dengan Erling Haaland dan Harry Kane.
Hubungan antara City dan Barcelona bertambah baik sejak pelantikan semula Joan Laporta menjadi presiden kelab di Nou Camp baru-baru ini; Sergio Aguero dan Eric Garcia sama-sama tiba dari Etihad secara percuma, sementara beberapa pemain City yang lain termasuk Aymeric Laporte dan Ilkay Gundogan juga dikaitkan dengan Barcelona.
Barcelona berada dalam masalah kewangan yang serius, dengan laporan bahawa mereka perlu mengeluarkan pemain dari pembayaran gaji sebelum mereka dapat mendaftarkan pemain baru dan juga menandatangani semula Lionel Messi.
Griezmann adalah salah satu dari pemain yang berpendapatan tinggi dan dianggap mampu menarik pembeli dari kelab lain. Barcelona membelanjakan sekitar €107 juta untuk Griezmann sebelum ini dan terpaksa melupakan Neymar – yang ketika itu mahu kembali ke Nou Camp.
Man City send message to Barcelona over Antoine Griezmann transfer https://t.co/jfDp4pPg7L
— Manchester City News (@ManCityMEN) July 12, 2021
Namun sejak tiba di Barcelona, Griezmann masih gagal menjadi superstar dan seringkali bermain di posisi yang bukan kegemarannya.
Kegagalan Barcelona menjual Griezmann akan meletakkan kelab dalam masalah. Ini kerana pemain seperti Ousmane Dembele dilihat sukar menarik pembeli kerana rekod kecederaan beliau serta gajinya yang tinggi.
Baca juga artikel
Insiden Video Rasis, Konami Tamatkan Kontrak Griezmann, Rakuten Minta Penjelasan Barcelona
Jordi Alba Beraninya Kutuk Tindakan Barcelona Melepaskan Suarez Ke Atletico Sebagai Satu Jenaka
Kerosakan Era Bartomeu, Barcelona Berisiko Muflis, Hutang Meningkat Kepada €1.2 Billion