Bintang Perancis, Antoine Griezmann telah berusaha untuk memulihkan ketegangan antara kelab dan penaja baju mereka setelah muncul video yang mengejek orang Asia.

Penyerang Barcelona Antoine Griezmann telah secara peribadi menelefon Ketua Pegawai Eksekutif penaja kelab, Rakuten untuk meminta maaf setelah video mengenai dia mengejek orang Asia muncul dalam talian.

Pemain antarabangsa Perancis itu juga muncul dalam satu video dengan rakan sepasukan Ousmane Dembele menghina kakitangan sebuah hotel tempat mereka menginap di Jepun. Semuanya berlaku dalam lawatan pra musim Barcelona pada 2019.

AALHQu6

Griezmann dan Dembele sudah memberikan komen dan permohonan maaf di tuduhan perkauman setelah video tersebut disebarkan di media sosial dalam beberapa hari ini.

Beliau berkata : “Saya dengan tegas membantah tuduhan [bahawa saya rasis] yang dibuat terhadap saya dan saya minta maaf jika saya menyinggung perasaan rakan rakan saya berbangsa Jepun.”

Goal melaporkan bahawa Griezmann telah berusaha memperbaiki keadaan dan meredakan ketegangan di antara Barcelona dan syarikat Jepun Rakuten dengan bercakap dengan pengasas dan CEO Hiroshi Mikitani.

Pemain berusia 30 tahun itu telah meminta maaf kepada Mikitani atas kelakuannya, namun tetap berkeras menyatakan bahawa kritikan ke atasnya agak melampau.

Barcelona telah membincangkan masalah tersebut dengan Griezmann dan Dembele, dan kelab menganggap tindakan mereka tidak dapat diterima.

Kemarahan Mikitani

Panggilan telefon Griezmann kepada Mikitani dibuat setelah ketua Rakuten menyatakan kemarahannya di Twitter.

“Sebagai penaja kelab dan penganjur lawatan, saya sangat kesal kerana pemain FCB membuat kenyataan diskriminatif,” katanya.

Mikitani mengingatkan Griezmann bahawa, mereka menaja Barcelona kerana falsafah kelab itu yang sentiasa menyokong komuniti terutama sekali di Catalonia yang mahu merdeka dari Sepanyol.

“Oleh kerana Rakuten telah menyokong falsafah Barca [mes que un kelab – lebih dari sekadar kelab – merujuk kepada Barca adalah kelab untuk komuniti, bukan sekadar bola sepak] dan menaja kelab itu, pernyataan seperti itu tidak dapat diterima dalam keadaan apa pun.”

“Dan kami akan secara rasmi memprotes kelab tersebut dan meminta pandangan mereka.”

Selain itu bekas bintang Atletico Madrid itu baru sahaja muncul mempromosikan permainan Pro Evolution Soccer Konami yang akan datang serta Yu-Gi-Oh. Griezmann merupakan duta rasmi Konami.

Konami sudah menamatkan kontrak pemain itu dengan mereka kerana insiden tersebut.

“Konami Digital Entertainment percaya, sebagaimana falsafah sukan, bahawa diskriminasi dalam bentuk apa pun tidak dapat diterima,” kata kenyataan syarikat itu.

“Sebelumnya kami telah mengumumkan Antoine Griezmann sebagai duta produk Yu-Gi-Oh! Kami, namun memandangkan peristiwa baru-baru ini, kami telah memutuskan untuk membatalkan kontrak.”

Baca juga artikel

Netizen Marah Dembele Guna Kata Kata Berbaur Rasis Kepada Orang Asia

Insiden Video Rasis, Konami Tamatkan Kontrak Griezmann, Rakuten Minta Penjelasan Barcelona

Perancis Menunjukkan ‘Fluid’ Mereka Dalam Formasi Berlian Dengan Kehadiran Benzema