Manchester United semakin hampir untuk mengumumkan skim saham peminat yang membolehkan peminat mereka menjadi pemilik saham dalam kelab.
Kelab sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perkara itu sedang hangat dibincangkan di kalangan pengurusan tertinggi kelab.
Skim tersebut merupakan perkara yang diperjuangkan oleh Yayasan Penyokong Manchester United (MUST) sejak dari dulu lagi. Dan terbaru MUST membentangkan idea tersebut kepada Joel Glazer, Pengerusi Bersama, dalam satu sesi forum antara Glazer dengan peminat.
Man United dalam kenyataannya berkata: “Kita dalam perbincangan dengan MUST tentang skim saham penyokong, yang akan membuka lembaran baru kepada peminat membina sendiri kepemilikan saham di dalam Manchester United.”
“Ini akan memberikan penyokong suara kolektif yang lebih kuat dalam kalangan pemilik kelab. Dan pada masa yang sama membantu mengukuhkan semangat baharu menerusi perkongsian jangka masa panjang antara kelab dan penyokong.”
“Namun masih ada beberapa perkara yang wajib secara perundangan, dan beberapa kerumitan proses yang harus dilalui, bersama sama dengan MUST dan penasihat pakar.”
“Seiring dengan perkembangan skim penyokong ini, kita juga membentuk Lembaga Penasihat dari kalangan penyokong sebagai salurah baharu di peringkat ‘board’. Membolehkan board berdialog dengan para penyokong, dan ianya semakin hampir dengan tarikh pelancarannya.”
An important update on the new Fans' Share Scheme.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) November 15, 2021
Dengan kewujudan skim ini, MUST berharap suara peminat akan dapat disalurkan dengan saluran yang tepat dan lebih didengari secara langsung.
Baca juga artikel
https://www.vocketfc.com/kelayakan-switzerland-singkir-itali-ke-play-off/https://www.vocketfc.com/peminat-ungkit-kembali-detik-yang-merompak-slot-automatik-portugal-ke-piala-dunia/