George Weah masih kekal sebagai satu satunya pemain dari Afrika yang memenangi Ballon d’Or.
Namun legenda itu menyatakan bahawa beliau tak pernah sesekali berbangga dengan anugerah individu yang menjadi rebutan itu.
Sebelum memenanginya, Weah sama seperti pemain lain. Mahukan anugerah bola emas itu. Namun selepas memenanginya, perspektif beliau berubah.
Menurut Weah, selepas beliau menerima anugerah itu, beliau dihentam teruk dengan stereotaip perkauman.
Di mana akhbar sukan berpengaruh di Itali dengan selamba menulis: “Si Hitam memenangi emas!”
Weah berkata: “Saya tak pernah bangga sama sekali memenangi Ballon d’Or selepas saya menderita kerana perkauman selepas memenanginya.”
“Saya masih ingat lagi, tajuk akhbar muka depan La Gazzetta dello Sport menulis, ‘Dan Oh! Si Hitam memenangi emas!”
“Bahkan di dalam skuad Milan, mereka mengejek saya dan Afrika dengan berulang kali kalau mereka ada peluang.”
“Mereka selalu tanya, emas tu kau nak jual untuk beli roti ke?”
“Drogba memenangi segalanya bersama Chelsea. Eto’o memenangi segalanya bersama Barca dan Inter, tali ada tak mereka bagi emas [Ballon d’Or] itu?”
George Weah" I am never proud of the Ballon d'Or award since I won it and I suffer from racism in Europe!! (A Thread)
I remember the headline of the front page of La Gazzetta dello Sport the next day, “And oh, the black wins the gold” #BallonDor pic.twitter.com/mymWQZM7WR— Anthony Eri (@AnthonyC_Eri) December 4, 2021
“Tak ada! Kenapa? Kerana mereka tak ada rasa kemanusiaan mahu memberikan anugerah itu kepada orang berkulit hitam dari Afrika.”
“Emas sebenar bukannya yang diberikan kepada yang terbaik.. tetapi emas itu ada pada dalam diri seseorang yang baik hati dan tidak pernah menyakiti perasaan orang lain.”
“Hakikatnya, ini adalah lebih kepada isu kemanusiaan berbanding dengan perkauman.”