Pemain legenda bola sepak dunia dan Paraguay, Jose Luis Chilavert umum bertanding pilihan raya presiden Paraguay.
Baca Juga:
- Ronaldinho Akhirnya Dibebaskan Dari Paraguay Selepas 5 Bulan
- Bakal Penyerang Man City, Julian Alvarez ‘Mengganas’ Di Copa Libertadores
Chilavert bertekad mahu menjadikan negaranya lebih baik selepas melihat terlalu banyak korupsi. Dia mahu memerangi korupsi yang terus berleluasa yang membuatkannya terluka melihatnya.
Chilavert berkata: “Setelah memikirkan dan merasakan tanggungjawab untuk membina Paraguay yang lebih baik, saya memutuskan untuk mengumumkan secara pencalonan saya untuk jawatan presiden supaya rakyat kita sekali lagi dapat merasai #ProudtobeParaguayan yang sebenar”.
Penjaga gol yang terkenal dengan kegilaannya di atas padang itu telah menjaringkan 62 gol sepanjang kariernya.
Dia pernah mengisytiharkan pada masa lalu bahawa dia mahu mengikut jejak langkah bekas penyerang Monaco, PSG dan AC Milan, George Weah, yang menjadi presiden Liberia.
Malah ketika bergelar pemain, dia pernah memboikot Copa America yang dianjurkan di negaranya sendiri pada 1999. Kerana dia berpendapat, wang daripada perbelanjaan penganjuran itu seharusnya dilaburkan untuk kebajikan rakyat.
Jadi bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat Chilavert terjun ke kancah politik selepas tamat karier sebagai pemain bola sepak profesional.
Chilavert's entry into politics isn't all surprising.
He has routinely dismissed his country's politicians as corrupt, incompetent, & responsible for keeping many Paraguayans in poverty.
Because of this, he refused to take part in the 1999 Copa America on home soil.
— Sivan John 🇦🇷 ⭐⭐⭐ (@SivanJohn_) October 20, 2022
Dan kini dia, Chilavert menyatakan bahawa pencalonannya untuk jawatan presiden Paraguay adalah rasmi.
Semasa pilihan raya presiden di Chile pada tahun 2021, Chilavert pernah mendefinisikan dirinya sebagai “liberal” dalam hal ekonomi telah menyatakan sokongannya kepada calon sayap kanan Jose Antonio Kast.
Menurut jurucakap, pencalonan Chilavert akan mewakili National Concertacion – sebuah gabungan parti parti pembangkang.
Adakah Chilavert akan berjaya mengikut jejak langkah idolanya George Weah untuk menjadi bekas pemain bola seyang yang berjaya menggalas jawatan presiden negaranya?