Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil bakal beralih ke bidang politik selepas dijangka bertanding dalam pilihan raya parlimen Turkiye akan datang.
Baca Juga:
- TMJ Sahkan Mesut Ozil Tiada Dalam Perancangan JDT
- Ozil Dedah Layanan Berbeza Mourinho & Guardiola Buatkannya Pilih Real Madrid
- Kontrak Bersama Fenerbahce Ditamatkan, Ozil Bakal Beralih Ke ‘Esports’?
Ozil yang berusia 34 tahun muncul calon berpotensi untuk parlimen Turki, menurut laporan media tempatan.
Ozil from sport to politics
Former Germany midfielder Mesut Ozil will run as a parliamentary candidate in Turkey's March 14 elections.#Özil #Mesut_Ozil #Türkiye #Germany pic.twitter.com/Ssbgbrmqax— Mohamad Dargalayi (@MohamadDargalay) April 9, 2023
Beliau disenaraikan antara calon parlimen pada pilihanraya akan datang sebagai wakil Parti AK.
Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum ini membayangkan beberapa nama baru bakal tersenarai tetapi tidak ramai menjangkakan bekas pemain Jerman itu antara calon popular.
Walaupun tampil untuk Jerman ketika karier antarabangsanya, Ozil anak kepada imigran Turkiye kerap memperkatakan hubungan dengan negara kelahiran ibu bapanya.
Dia diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Reccep Erdogan yang hadir perkahwinan Ozil pada 2019.
Ozil mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional bulan lalu dan memiliki 92 kaps bersama skuad kebangsaan Jerman.
Pemenang Piala Dunia 2014 itu pernah bermain untuk Istanbul Basaksehir di Turki, tetapi dia kini telah membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya.
Menurutnya, masa sudah tiba untuk dia menutup kariernya selepas kecederaan menghadkan dia kepada hanya lapan penampilan musim ini.
Mesut Ozil seringkali dianggap antara playmaker terbaik dalam generasinya. Dia meninggalkan Arsenal pada 2021 setelah tidak disenangi bos Mikel Arteta, menyertai Fenerbahce dengan kontrak selama 18 bulan sehingga musim panas lalu.
Ozil kemudian memutuskan untuk umum persaraan beliau daripada sukan yang dia sangat sukai.