George Weah bangga dengan anak beliau Timothy Weah yang berjaya mencapai impiannya beraksi di Piala Dunia bersama Amerika Syarikat (AS).
Baca Juga:
- Argentina vs Arab Saudi: Yasser Al-Shahrani Alami Retak Tulang Rahang Dan Wajah
- USA vs Wales: Penalti Lewat Perlawanan Bale Ikat Kedudukan
- Perancis vs Australia: Les Blues Bangkit & Menang, Giroud Cetak 2 Gol Untuk Setaraf Henry
Timothy Weah menjadi bualan seluruh dunia, dan pada masa yang sama, media turut mengenang kembali kehebatan legenda Liberia George Weah. Pemain Afrika pertama dan masih kekal yang terakhir memenangi Ballon d’Or setakat ini.
Timothy menjaringkan gol Piala Dunia pertamanya bersama dengan Amerika Syarikat ketika berdepan dengan Wales.
George Weah meraikan kejayaan anaknya itu dengan keluar makan malam keluarga bersamanya.
Sambil menyifatkan dirinya sebagai ayah yang bangga.
Just had dinner with my son Timothy Weah. Proud daddy. pic.twitter.com/Jrx2vT3iAa
— George Weah (@GeorgeWeahOff) November 22, 2022
Walaupun George Weah memiliki karier yang luar biasa. Namun malangnya dia tak pernah merasai pengalaman bermain di Piala Dunia.
Anak George Weah, Timothy Wewah sebelum ini bermain untuk kelab Ligue 1, Lille selepas tidak menyambung kontrak dengan PSG. Dia juga bermain secara pinjaman di Celtic. Membantu kelab itu mara ke pentas final Piala Scotland, sebelum kembali semula ke Lille musim ini.
Untuk karier antarabangsa, dia memilih Amerika Syarikat.
George Weah merupakan rakyat Liberia. Dia kini bergelar presiden Liberia.
Ibu kepada Timothy pula merupakan warga Jamaica. Jadi bagaimana Timothy boleh mewakili Amerika Syarikat? Dia malah sudah memiliki 25 kaps untuk negara Uncle Sam itu.
Timothy memiliki 3 pilihan kerakyatan. Dia boleh mewakili Liberia, Jamaica, atau Amerika Syarikat. Selain itu berdasarkan rekod pembangunan kariernya, dia juga boleh mewakili Perancis. Namun pastinya itu bukan pilihan yang mudah kerana Perancis sarat dengan bakat.
Akhirnya dia memilih Amerika syarikat, kerana dia lahir di Amerika Syarikat dan membesar di negara tersebut.
Sejak dari kecil dia berimpian mahu bermain di pentas Piala Dunia bersama Amerika Syarikat. Kerana dia menganggap Amerika Syarikat sebagai rumahnya.
Akhirnya impiannya tercapai. Dia turut mencipta rekod sebagai penjaring kelima paling muda dalam sejarah Amerika Syarikat ketika beraksi untuk AS menentang Bolivia pada 2018, pada penampilan keduanya.
Di peringkat remaja, dia bermain untuk B-17 dan skuad B-19 Amerika Syarikat.
Kini Amerika Syarikat sedang membina generasi baharu untuk bola sepak mereka. Dalam aksi menentang Wales, Amerika Syarikat menurunkan skuad muda.
🇺🇸 6 players debuted for USA last night against Wales:
Gio Reyna (17)
Yunus Musah (17)
Konrad de la Fuente (19)
Johnny Cardoso (19)
Nicholas Gioacchini (20)
Owen Otasowie (19)The average age of their starting XI was 22.2. The futures bright for the #USMNT. 🤩 pic.twitter.com/d49vO3wXbt
— Soccer Manager Games | Download SM24 Now! (@SoccerManager) November 13, 2020
Jadi, projek bola sepak Amerika Syarikat kini sedang bermula dengan generasi baharu bola sepak mereka.
Selepas aksi pertama Piala Dunia dan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, Timothy mendedikasikan gol itu kepada keluarganya, kemudian menujukan ia kepada rakyat Liberia, Jamaica dan juga Amerika Syarikat.