Legenda Manchester United, Gary Neville tampil dengan kejutan apabila terbuka mengkritik pemain penyerang sayap Man United iaitu Antony.
Baca Juga:
- Arsenal vs Man United: Nketiah Wira Kemenangan The Gunners
- Antony Kongsi Kisah Hidupnya: “Kami Miskin Dan Berjiran Dengan Pengedar Dadah”
- Here We Go: Manchester United Beli Antony €100 Juta
Bekas pemain Ajax itu dibeli oleh Man United dengan pakej keseluruhan €100 juta. Namun setakat ini, sumbangan Antony dianggap tidak menepati tanda harganya.
Pemain antarabangsa Brazil itu gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan ketika aksi penting menentang Arsenal. Di mana United boleh berada dalam landasan persaingan kejuaraan dengan lebih baik jika mereka menang.
Neville menyatakan bahawa Antony seharusnya melakukan yang lebih baik sebagai pemain sayap yang berharga sangat mahal.
Dalam aksi menentang Arsenal, Antony sangat banyak kehilangan bola. Dan dia digantikan dengan Fred pada separuh masa kedua.
Neville berkata: “Saya harap mereka Man United mempunyai kualiti yang lebih baik di hadapan di pertiga akhir [final third].”
“Jelas sekali Sancho tidak berada berada di sana dan anda berharap bahawa Manchester United akan mempunyai pilihan yang lebih baik dari bangku simpanan tetapi mereka tidak mempunyainya pada masa ini.”
“Saya ingin melihat lebih banyak daripada Antony, sejujurnya. Ia adalah pembelian £90 juta [EUR100 juta].”
“Saya fikir saya ianya satu kekecewaan apabila melihat pengurus terpaksa mengeluarkannya. Kerana kamu pastinya memikirkan untuk melihat Rashford dan Antony boleh mencetuskan serangan balas untuk United.”
https://twitter.com/4brfofficial/status/1617530995540103168
Setakat ini, Antony menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan permainan Man United walaupun dibimbing oleh Erik ten Hag.