Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain dijangka akan mempertaruhkan gandingan dua penyerang berbisa, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche pada perlawanan pertama Liga Super 2022 menentang Sri Pahng di Stadium Darul Makmur sabtu ini.
Dua pemain import itu tidak mempunyai masalah daripada segi keserasian dan persefahaman, kerana sudah lama bergandingan ketika beraksi dengan pasukan Kedah musim lalu.
“Saya letak kepercayaan penuh terhadap Sherman dan Tchetche untuk menggalas tugas melakar kejayaan pertama buat pasukan. Lagipun Tchetche sebelum ini pernah bersama Terengganu dan dia faham apa yang saya inginkan,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Nafuzi mengakui perlawanan menentang Tok Gajah itu bukan mudah kerana pasukan lawan dibarisi oleh pemain baharu serta mendapat bimbingan jurulatih dari Perancis, Christophe Gamel.
“Perlawanan pertama sentiasa menjadi cabaran yang sukar untuk mana-mana pasukan, jadi terpulang pada pemain untuk memberi yang terbaik.
“Sri Pahang juga bukan calang-calang pasukan musim ini, kita dah uji mereka melalui perlawanan persahabatan tempoh hari dan walaupun tanpa skuad lengkap, mereka lebih baik daripada kita (TFC),” jelasnya.
🏴🏳️ SESI LATIHAN TERENGGANU FC
Sesi latihan skuad Terengganu fc , Sesi latihan ini adalah untuk memastikan tahap kecergasan para pemain ditahap yang terbaik bagi musim 2022.#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/xjyJ8z785H
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) March 2, 2022
Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel mengakui gembira dengan persiapan pasukan walaupun masih ada beberapa pemain yang cedera dan tidak sempat diturunkan dalam perlawanan persahabatan bulan lalu.
“Saya perlu mengatakan semangat sepasukan dalam kalangan pemain adalah cukup tinggi, semua tidak sabar untuk mewakili SPFC dan memberikan yang terbaik tidak kira apa situasi yang telah dan sedang dilalui.
“Permulaan musim sentiasa optimistik, tapi saya berpijak di bumi nyata. Saya seorang yang realistik, SPFC telah mengharungi dua musim yang sukar, jadi perlu berhati-hati, menyediakan pemain serta semua di dalam pasukan dengan satu mindset sama.
“Keputusan akan hadir, sudah tentu, tetapi memandangkan ia satu kumpulan yang baru dengan banyak penambahan, hanya masa akan membantu untuk menjadikan mereka pasukan yang lebih baik. Saya tahu kritikan akan sentiasa ada tetapi kami fokus hanya pada diri kami, bagaimana mahu meningkat dan terus mengorak langkah, menyedari betapa sukarnya musim lalu,” ujarnya kepada sripahangfc.com.
Musim, tok gajah dibarisi oleh 4 pemain import baharu iaitu Mamadou Samassa, Mahmoud Za’tara, Johan Martial dan Billy Ketkeophomphon. Mereka turut mempunyai 2 pemain naturalisasi iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Liga Super 2022: Syafiq Ahmad Waspada Cabaran Sarawak United
Hanya Penyokong Lengkap Suntikan Dos Penggalak Sahaja Dibenarkan Masuk Ke Stadium