Ketua jurulatih skuad kebangsaan Liberia, Peter James Butler dilaporkan telah memangil penyerang utama skuad PKNS FC, Kpah Sherman ke kem latihan pasukan itu sebagai persediaan menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.
Bekas ketua jurulatih pasukan Kelantan, Terengganu dan juga T-Team FC itu telah dilantik untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Liberia pada 22 Ogos 2019 yang lalu menggantikan Thomas Kojo.
Very honoured & humbled to accept the chance to coach the Liberian National Team – Many talented young players I hope to inspire & help create a pathway to bigger & better opportunities 👍🙏 pic.twitter.com/lH6sgtYiB4
— Peter James Butler (@Petebutts4Yes) August 22, 2019
Menurut portal Front Page Africa Online, Peter James Butler diberikan kontrak selama 1 tahun dan pilihan sambungan oleh Persatuan Bola Sepak Liberia seperti yang dinyatakan oleh presiden Mustapha Raji.
“Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan kedudukan FIFA Ranking dan layakan ke AFCON. Semuanya tidak mustahil sekiranya kita percaya dan kita perlu pragmatik serta realistik mengenai situasi.”
Aksi Kpah Sherman dalam saingan Liga Super Malaysia musim ini cukup hebat dan penyerang prolifik ini berjaya menjaringkan 14 gol seterusnya menggondol status sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2019.
Kpah Sherman bermungkin akan diturunkan dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 apabila Liberia akan menerima kunjungan pasukan Sierra Leone dalam perlawanan yang akan berlangsung pada jam 2 pagi waktu Malaysia.
Baca perkongsian Peter James Butler yang pernah ditumbuk pemain dan pegawai Barito Putera.
Kpah Sherman, Penyerang Import Underrated Dalam Saingan Liga Super