Peminat Terengganu sudah hilang sabar dengan pemain import pasukan, Kpah Sherman dimana mereka kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain itu pada aksi Liga Super baru-baru ini.
Terengganu bertandang ke Stadium Likas bagi menghadapi pasukan Sabah semalam dan Kpah sekali lagi menerima kecaman dari peminat setelah menampilkan persembahan kurang memberangsangkan.
Meskipun mendahului menerusi jaringan Manuel Ott, namun dua gol yang dijaringkan oleh pemain pertahanan lawan, Park Tae-su membuat Terengganu berputih mata dan mereka pulang dengan tangan kosong.
đŸ“¹ HIGHLIGHTS: @SabahFCofficial 2-1 @FCTerengganu
Manuel Ott menjaringkan gol pendahuluan untuk Terengganu FC namun Park Tae-su meledak dua kali pada babak kedua untuk kemenangan Sabah FC.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/yj80h0XGv1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 19, 2022
Bahagian serangan skuad bimbingan Nafuzi Zain dilihat tumpul dimana Kpah merupakan pemain yang menerima lebih banyak kecaman kerana tiada gerakan dan percubaan berbahaya yang dilakukan oleh beliau.
Selain itu, peminat juga menyalahkan Kpah kerana tidak menjaga Tae-su ketika pemain dari Korea Selatan itu menjaringkan salah satu gol pasukan Sabah.
Peminat skuad Penyu juga kecewa dengan tindakan pasukan yang melepaskan Jordan Mintan yang menyertai Kuala Lumpur City secara pinjaman sehingga hujun musim ini kerana Mintan dianggap lebih baik berbanding Kpah Sherman.
Peminat juga kurang yakin dengan kemampuan seorang lagi pemain import, Kipre Tchetche dimana rata-rata berpendapat zaman kegemilangan Kipre dalam saingan Liga Malaysia sudah berakhir.
Pada perlawanan liga yang seterusnya, Terengganu akan berdepan Negeri Sembilan dan mereka wajib mengutip kemenangan sekiranya mahu memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super dan menaikkan moral pasukan selepas mengalami kekalahan di Likas.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Liga Super 2022: Kemarau Kemenangan Kedah Berakhir, Tundukkan Sarawak United 3-1
Liga Super 2022: Tandukan Park Taesu Pastikan Terengganu Pulang Tangan Kosong