Pemain tengah Spurs dipindah keluar / transferred out oleh 485,000 pengurus FPL untuk hari perlawanan kedua EPL.
Itu ternyata memberikan kesan dan ‘tangisan tak berlagu apabila’ Son kemudian menjaringkan empat gol di Southampton, memberikan 24 mata mutlak.
Hampir setengah juta pengurus FPL menderita pada hari Ahad apabila Son Heung-min (£9.0 juta) menghukum mereka yang menjualnya menjelang Gameweek 2.
Ini selepas pengurus FPL tersebut kecewa dengan hasil yang hampa oleh Son ketika menentang Everton di Gameweek 1.
Paling banyak dijual
Dan mereka pastinya akan sangat menyesal ketika Son terus menjaringkan empat gol dalam kemenangan 5-2 di Southampton. Itu mungkin prestasi terbaik Son pada musim ini.
Son menjadi pemain kedua paling banyak dijual menjelang Gameweek 2, Son kini menjadi pemain ketiga paling banyak dibeli untuk Gameweek 3, dengan lebih dari 305,000 pemilik baharu.
Berikut 3 teratas pemain paling banyak dijual:
- Werner 551k
- Son 485k
- Alexander-Arnold 371k
Paling banyak dibeli
Lebih pedih bagi mereka yang menjual Son dan membeli Bruno Fernandes (£10.5 juta) atau Willian (£8.1 juta), selepas kedua-dua pemain kosong gol dan assist dalam perlawanan masing-masing untuk GW2.
Sebagai rekod, selepas tak beraksi dalam GW1 / pembukaan, Bruno Fernandes adalah pemain yang paling tinggi dibeli menjelang perlawanan pertama Manchester United dalam kempen ini ataupun GW2 di FPL.
Ole Gunnar Solskjaer presents Bruno Fernandes with the 2019/20 Sir Matt Busby Player of the Year award 🤩 pic.twitter.com/Mgr2tbH0dK
— United Zone (@ManUnitedZone_) September 19, 2020
Tetapi beliau telah mengecewakan ramai pemiliknya dalam kekalahan 3-1 di kandang sendiri kepada Crystal Palace.
Willian tidak dapat memanfaatkan hatrik assist pada Gameweek 1. Beliau dikeluarkan selepas minit ke-63 ketika Arsenal menang 2-1 ke atas West Ham United.
Pencetak mata terbanyak musim lalu di FPL, Kevin De Bruyne (£11.5 juta), adalah yang ketiga paling banyak diturunkan menjelang perlawanan away Manchester City ke Wolverhampton Wanderers pada hari Isnin.
- Fernandes – 525k
- Willian – 474k
- De Bruyne – 447k
Paling banyak dikaptenkan untuk GW2
Lebih daripada dua juta pengurus meletakkan kepercayaan kepada Pierre-Emerick Aubameyang (£12.0 juta) dengan pemain yang banyak diberikan lilitan kapten untuk Gameweek 2.
Pemain berusia 31 tahun itu hanya menyumbang 1 assist dalam kemenangan Arsenal, dengan membawa pulang hanya lima mata.
Tetapi lebih buruk bagi 567,000 yang memberikan kepercayaan kepada kapten Mohamed Salah (£12,0 juta) untuk aksi Liverpool ke Chelsea, setelah hatrik Gameweek 1.
Salah hanya dapat mengumpulkan tiga mata dalam kemenangan 2-0 pasukannya di Stamford Bridge.
Jamie Vardy (£10.1 juta) melengkapkan senarai tiga teratas pemain paling banyak dikaptenkan – juga kecewa pada hari Ahad.
Pemenang Kasut Emas Liga Perdana Liga Perdana musim lalu membuka akaunnya untuk musim 2020/21 dengan 2 gol di Gameweek 1 tetapi, walaupun Leicester City menjaringkan empat gol ke atas Burnley pada hari Ahad, Vardy hanya mengumpul dua mata.
- Aubameyang – 2.057 juta
- Salah – 567k
- Vardy – 544k
Tiga pemain yang paling banyak menjadi kapten untuk pengurus di ranking 100 teratas ialah
-
- Aubameyang 29
- Salah 21
- Vardy 21
Sumber: FPL Official
Baca juga perkembangan lain
Koeman Dilaporkan Mahu Tendang Riqui Puig, Beliau Menafikannya
Serie A: Debut Cemerlang Pirlo, Cristiano Ronaldo Terus Meledak
EPL: ‘Blunder’ Kepa Warnai Kekalahan Chelsea Di Tangan Liverpool