Juventus memulakan langkah kanan dalam aksi kompetitif pertama Andrea Pirlo sebagai pengurus.

Pirlo dinaikkan pangkat kepada pengurus pasukan utama hanya beberapa hari dilantik sebagai pengurus pasukan pembangunan pada pra musim yang lalu.

Juventus turun dalam perlawanan pembukaan Serie A 2020/21 – sekali lagi sebagai juara bertahan.

Juventus menjamu kunjungan Sampdoria di Allianz Stadium. Tiada masalah untuk The Old Lady untuk menang dengan 3-0 dan mendapat 3 mata.

Juventus memerlukan hanya 11 minit untuk memberikan ancaman bahaya. Namun percubaan Aaron Ramsey yang diselamatkan oleh Emil Audero.

Dua minit berselang, Dejan Kulusevki membuka tirai jaringan untuk Juve.  Bintang muda itu melakukan lencongan rendah yang cantik daripada rebound.

Bintang veteran yang terus menyinar, Cristiano Ronaldo beberapa kali melakukan ancaman kepada gawang lawan.

Namun Sampdoria berjaya memastikan tiada tambahan gol daripada Juve. Perlawanan berkesudahan hanya 1-0 menjelang rehat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sampdoria tiba tiba membuatkan Juventus dalam bahaya. Mereka mencipta beberapa peluang gol menerusi Bartosz Bereszynski dan Federico Bonazzoli pada awal 15 minit pertama separuh masa kedua.

Namun tidak ada gol dihasilkan daripada percubaan itu.

Gol kedua Juventus akhirnya hadir pada minit ke-78. Leonardo Bonucci berjaya menjaringkan gol daripada situasi kelam kabut di hadapan gol.

Ketika perlawanan masuk ke minit akhir, bintang veteran Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketiga pada minit ke-89.

Ronaldo jelas sekali menghantar isyarat bahawa beliau masih akan menjadi pesaing dengan pemain terbaik yang lain pada musim ini.

Tamat perlawanan Juventus menang 3-0 pada hari debut Andrea Pirlo sebagai pengurus di Serie A.

Syabas kepada Pirlo dan selamat maju jaya pada musim debut anda.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

EPL: ‘Blunder’ Kepa Warnai Kekalahan Chelsea Di Tangan Liverpool

EPL: Spurs Berpesta Gol Atasi Southampton, Son Skor 4, Kane Assist 4 Dan Skor 1

Neville: Lindelof Lembik Dan Bikin Malu United