Nampaknya Tottenham Hotspur menikmati minggu yang indah minggu ini.

Mereka berjaya membawa pulang Gareth Bale semalam dan mendapatkan Sergio Reguilon dari Real Madrid.

Hari ini Tottenham menang bergaya 4-1 ke atas Southampton di tempat lawan.

Lebih menarik apabila Son Heung Min menjaringkan 4 gol dalam perlawanan ini. Kesemua gol beliau dibantu oleh Harry Kane.

Southampton bermula dengan baik dan memberikan masalah kepada Spurs. Danny Ings meletakkan Southampton di hadapan pada minit ke-32.

Ketika perlawanan seolah olah berpihak kepada pasukan tuan rumah sebelum rehat, Son Heung Min menyempurnakan hantaran Harry Kane pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, hanya dua minit bersambung, Son menambah satu lagi gol. Kali ini Harry Kane melakukan hantaran rendah yang cantik membelah pertahanan lawan.

Kane melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-64. Menerima lob pass daripada Harry Kane. Ini adalah hatrik pertama beliau di pentas EPL.

https://twitter.com/i/status/1307657287285321736

Tidak berpuas hati di situ sahaja, Son menambah satu lagi gol pada minit ke-73 untuk melengkapkan hari yang beliau sendiri sukar untuk percayai.

Kane kemudian menjaringkan gol kelima Spurs pada minit ke-82 selepas menerima hantara Lamela.

Ini menjadikan Kane terlibat dalam kesemua lima gol Spurs secara langsung dengan 1 gol 4 assist. Menjadi pemain pertama melakukannya sejak Mo Salah pada 2018 menentang Watford, dan kedua di dalam kariernya.

Pada masa kecederaan, Danny Ings menjaringkan gol saguhati menerusi sepakan penalti.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 5-2 oleh Spurs.

Spurs bangkit daripada kekalahan dalam perlawanan pertama mereka dengan bergaya sekali.

Baca juga perkembangan lain

Neville: Lindelof Lembik Dan Bikin Malu United

RASMI: Bale Kembali Ke Tottenham Selepas 7 Tahun

EPL: Minggu Lalu Bergaduh, Minggu Ini Bergandingan Cipta Gol Kemenangan Arsenal