Tottenham Hotspur semalam mengumumkan kepulangan semula Gareth Bale.
Ianya dianggap kepulangan sensasi dan istimewa pemain yang pernah meninggalkan mereka 7 tahun yang lalu untuk berkelana ke Real Madrid dengan rekod pembelian dunia pada masa itu – £85 juta.
Perpindahan ini ibarat sirih pulang ke gagang. Kerana Bale memang signifikan dengan Spurs.
Tujuh musim di Real Madrid, pemain antarabangsa Wales ini menjaringkan 105 gol dalam semua pertandingan dan menyumbang 13 piala domestik dan antarabangsa.
Ini termasuk 4 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan dua kejuaraan La Liga bersama dengan Real Madrid.
Namun begitu Gareth Bale terus bergelut untuk menambat hati Zinedine Zidane. Sehingga satu ketika Bale meminta dikecualikan terus daripada tugasan UCL.
Spurs akhir menggunakan kesempatan untuk membawa pulang Bale ketika mereka berunding mendapatkan Sergio Reguilon.
Bale gembira dengan perpindahan kali ini yang menurut beliau satu perpindahan ke kelab istimewa di hatinya.
Bale. Is. Back.
Welcome home, @GarethBale11 😍 #BaleIsBack ⚪️ #COYS pic.twitter.com/iOIWC2ZwtC
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 19, 2020
“Gembira untuk kembali. Ini adalah kelab istimewa untuk saya, kelab tempat saya mencipya nama.”
“Saya selalu teerikir mahu kembali sejak hari pertama saya memutuskan untuk meninggalkan Tottenham.”
“Saya rasa dengan memenangi banyak piala di Real Madrid, saya mempunyai mentaliti yang menang, tahu bagaimana memenangi piala.”
To all the Spurs fans, after 7 years, I’m back! #COYS @SpursOfficial https://t.co/NbAaUWefQP pic.twitter.com/zGk37PnQe9
— Gareth Bale (@GarethBale11) September 19, 2020
“Mudah-mudahan sekarang saya dapat mencapai tahap kecergasan terbaik dan membantu pasukan ini agar berjaya merangkul trofi.”
Bale akan memakai jersi nombor sembilan. Namun beliau tidak akan terlibat dalam beberapa perlawanan akan datang kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Minggu Lalu Bergaduh, Minggu Ini Bergandingan Cipta Gol Kemenangan Arsenal
Aubameyang Sedar Arsenal Setaraf Barcelona Dan Inter, Kata Arteta