Arsenal menjamu kunjungan West Ham United dalam aksi derbi London. Arteta menurunkan skuad terbaiknya termasuk kepulangan semula Bernd Leno.
West Ham ternyata tampil dengan sangat baik pada perlawanan ini, mencipta beberapa peluang awal.
Namun, The Gunners berjaya mendahului pada minit ke-25 menerusi Alexandre Lacazette.
Penyerang Perancis itu menerima hantarang canti daripada dari Pierre-Emerick Aubameyang. Pengadil perlu membuat pengesahan VAR untuk memastikan Auba tidak ofsaid.
Gol tersebut adalah gol ke-50 Lacazette untuk Arsenal dalam semua pertandingan.
β½ Alexandre Lacazette has scored his 50th goal in all competitions for @Arsenal
Of his 50 goals, 36 have been scored at the Emirates Stadium (72%) ποΈ pic.twitter.com/awEq75INEO
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) September 19, 2020
Tersentak dengan gol itu West Ham mencipta beberapa lagi peluang gol dan menekan Arsenal.
Pada minit akhir separuh masa pertama Michail Antonio berjaya menyamakan kedudukan.
Separuh masa pertama berakhir dengan skor 1-1.
HALF-TIME Arsenal 1-1 West Ham
All β¬ at the interval as Michail Antonio cancels out Alexandre Lacazette's opener#ARSWHU pic.twitter.com/KPbPZDsMpN
— Premier League (@premierleague) September 19, 2020
Pada separuh masa kedua, Arsenal tampil lebih agresif. Bukayo Saka memiliki peluang keemasan pada awal babak kedua, menerima hantaran Willian dalam kotak penalti.
Namun pemain muda itu merembat liar daripada sasaran gol.
West Ham terus memberikan ancaman. Mereka menjadi pasukan yang lebih banyak melakukan percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini dengan 14 kali percubaan berbanding 7 dari Arsenal.
Tetapi West Ham agak tumpul di hadapan gol. Daripada jumlah itu hanya 3 percubaan yang tepat – sama dengan Arsenal.
Eddie Nketiah dimasukkan pada minit ke-77. Bintang muda itu menerima hantaran daripada Dani Ceballos dan menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-55.
Agak menarik kerana minggu lalu kedua duanya bercakaran sebelum perlawanan bermula, dalam kunjungan mereka ke Fulham.
Last week, Eddie Nketiah and Dani Ceballos clashed before Arsenal's game with Fulham.
This week, Ceballos assists Nketiah for the winning goal.
"It's all love."
π₯° pic.twitter.com/nue3K849Xu
— GOAL (@goal) September 19, 2020
Namun selepas itu segalanya baik baik sahaja. Di mana kedua dua pemain sudah pun menyesali apa yang berlaku di antara mereka.
Eddie Nketiah on Dani Ceballos: βItβs all love now.β pic.twitter.com/yQXcjKk29p
— AFCnewsroom (@TheAFCnewsroom) September 19, 2020
Arsenal menang 2-1 ke atasa West Ham. Permulaan sempurna untuk The Gunners setakat ini.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Everton Bantai WBA – James Cemerlang, Calvert Lewin Hatrik
Aubameyang Sedar Arsenal Setaraf Barcelona Dan Inter, Kata Arteta