James Rodriguez terus cemerlang dalam dua perlawanan pembukaan beliau di EPL musim ini.

Dalam aksi kedu berdepan dengan pasukan baru naik, West Brom Albion (WBA), James menjadi nadi penting Everton dalam kemenangan bergaya 5-2.

West Brom bermula dengan baik dan mendahului menerusi Diangana.

Calvert Lewin kemudian menyamakan kedudukan untuk Everton pada minit ke-31.

Namun pada akhir babak separuh masa pertama adalah cerita tentang James.

Beliau menjaringkan gol pendahuluan selepas menerima hantaran cantik daripada Richarlison minit ke-45.

Rekod James dengan Ancelotti memang sangat baik.

Seminit kemudian, James telah ditampar oleh Kieran Gibbs selepas Gibbs bengang dengan James yang didakwa mengasarinya.

Gibbs dilayangkan kad merah. Dan insiden itu membuatkan pengurus WBA, Slaven Bilic turut dilayangkan kad merah kerana protes melampau kepada Mike Dean berkenaan insiden itu.

Pada separuh masa kedua WBA menyamakan kedudukan menerusi Matheus Pereira menerusi sepakan percuma yang cantik.

Namun Everton kembali di hadapan menerusi Michael Kean.

Everton kemudian menjarakkan lagi jurang kepada 2 gol menerusi Calvert Lewin. Ianya direncanakan oleh killer pass James kepada Richarlison yang melakukan hantaran silang rendah kepada Lewin.

https://twitter.com/i/status/1307304164582723584

Calvert Lewin memahatkan namanya sebagai penjaring hatrik pertama Everton selepas Wayne Rooney pada 3 tahun lalu. Beliau juga menjadi pemain Inggeris termuda yang menjadi penjaring hatrik dalam sejarah Everton dengan gol pada minit ke-66.

Sekali lagi James terlibat mencipta assist untuk pemain muda itu. Ternyata James adalah tambahan yang sangat penting buat Everton.

Everton merakamkan satu lagi kemenangan untuk memastikan rekod sempurna selepas dua perlawanan.

Baca juga perkembangan lain

Aubameyang Sedar Arsenal Setaraf Barcelona Dan Inter, Kata Arteta

RASMI: Liverpool Muktamadkan Perpindahan Thiago Alcantara Dan Diogo Jota

Adidas X Wolves Lancarkan Jersi Ketiga Dengan Tema Warna ‘Portugal’