Liverpool menang 2-0 dalam kunjungan mereka ke Chelsea pada perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris, yang menjadi perlawanan tumpuan minggu ini.

Perlawanan ini juga tak kurang banyak dramanya. Christensen melakukan hadangan ala ragbi ke atas Mane dan dilayangkan kad merah.

Sementara Kepa Arrizabalaga melakukan blunder yang menghadiahkan Sadio Mane gol.

Perlawanan dimulakan dengan setiap pasukan mengalami kesukaran untuk memecahkan pertahanan antara satu sama lain.

Liverpool bermain dengan lebih agresif dan terus berusaha memberi tekanan kepada Chelsea. Pada minit ke-12 Georginio Wijnaldum melepaskan rembatan jarak jauh.  Namun, tak tepat!

Liverpool mendapat peluang yang cukup baik pada minit ke-13. Mohamed Salah berjaya merampas bola daripada Kepa yang cuba memenanginya.

Salah melakukan hantaran ke gawang yang tidak berpenjaga gol. Namun Christensen menafikan usaha Roberto Firmino.

Pada minit ke-32 Chelsea mengancam gawang Liverpool. Timo Werner berjaya meloloskan diri, namun rembatannya tersasar.

Dua minit kemudian, Mohamed Salah menerima bola di dalam kotak penalti dan menyilangkannya. Namun hantarannya melintas gawang, dan hanya mampu diperhatikan Roberto Firmino.

Minit ke-37, Werner menerima hantaran daripada Havertz, namun pemain Jerman itu gagal menyempurnakan peluang itu secara satu lawan satu. Terlebih dahulu Havertz sudah pun ofsaid.

Pada akhir babak pertama, Chelsea terpaksa bermain dengan 10 orang. Ini kerana Christensen menerima kad merah setelah menghalang Sadio Mane dengan memeluk dan menjatuhkan pemain sayap Senegal itu.

Pengadil awalnya memberikan kad kuning. Namun selepas konsultansi VAR, kad ditukar menjadi merah.

EiYSGJ4WsAIJyCN

Tiada gol dicatatkan separuh masa pertama dengan kedua dua pasukan tumpul.

Memasuki babak kedua, Liverpool segera memanfaatkan kelebihan seorang pemain yang mereka miliki.

Hasilnya pada minit ke-50 The Reds membuka tirai jaringan. Thiago Alcantara mencetuskan gerakan untuk trio serangan Liverpool yang bergandingan.

Firmino melakukan permainan kombinasi dengan Salah, dan beliau melakukan hantaran yang ditanduk masuk oleh Sadio Mane.

Empat minit kemudian, Liverpool menggandakan kedudukan mereka menjadi 2-0.

Ini selepas Mane berjaya memintas hantaran penjaga gol Chelsea Kepa Arrizabalaga yang mahu menghantar kepada rakannya. Tiada masalah buat Mane menyempurnakan peluang terhidang itu.

https://twitter.com/i/status/1307722931619983360

Liverpool kemudian tampil dengan lebih dominan. Werner terus bergelut untuk mengatasi Fabinho.

Walaupun beraksi 10 pemain Chelsea mendapat peluang keemasan untuk merapatkan jurang gol pada minit ke-75 selepas Alcantara menjatuhkan Werner dalam kotak penalti.

Namun buat julung kalinya penalti Jorginho bersama Chelsea tak masuk, diselamatkan oleh Alisson.

Minit ke-84, Tammy Abraham melakukan percubaan deras yang ditepis oleh Alisson.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan kedua musim ini buat Liverpool.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Spurs Berpesta Gol Atasi Southampton, Son Skor 4, Kane Assist 4 Dan Skor 1

Neville: Lindelof Lembik Dan Bikin Malu United

EPL: Minggu Lalu Bergaduh, Minggu Ini Bergandingan Cipta Gol Kemenangan Arsenal