Presiden Real Madrid yang merupakan pimpinan tertinggi Liga Super Eropah (ESL), Florentino Perez mempunyai pendapat dan sudut pandang berbeza mengenai penganjuran liga tersebut.

Dikecam hebat susulan idea melibatkan kelab-kelab gergasi di Eropah itu , Perez melihat usaha yang diambil tersebut dapat membantu bola sepak dunia daripada mati.

Hal ini kerana Perez melihat bola sepak sudah mengalami sesuatu yang kurang baik sejak 20 tahun lalu dan tindakan Real Madrid bersama 11 lagi kelab itu disifatkannya sebagai mampu membantu banyak pihak.

“[Kami menubuhkan ESL] untuk menyelamatkan kelab yang lebih sederhana, sebelum kesempatan untuk menyelamatkan mereka daripada hilang,” ujar Perez menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Usaha ini akan menyelamatkan semua orang. Bola sepak sedang melalui detik yang sangat sulit pada ketika ini. Yang terburuk dalam 20 tahun in.”

“Ia [bola sepak] memang tidak akan hilang tetapi mampu untuk turun ke tingkat yang lebih berbeza [lebih teruk], jika para pemain muda tidak tertarik dengan usaha kami ini.”

“Kami akan sentiasa berjuang untuk masa depan bola sepak. Ada orang yang tidak menganggap perkara ini serius.”

“Kami akan membantu bola sepak di setiap peringkat dan membawanya ke tempat yang selayaknya di dunia ini.  Bola sepak adalah satu-satunya sukan di dunia dengan lebih daripada empat juta peminat.”

“Jadi, taggungjawab kami sebagai kelab besar adalah untuk memberikan tindak balas terhadap keinginan mereka,” tambah Florentino Perez lagi.

Baca artikel lain tentang kontroversi cadangan penganjuran ESL.

Chelsea, Manchester City Dan Real Madrid Berdepan Penyingkiran Dari UCL

Pakar Perundangan Berikan Sebab Kenapa UEFA Bakal Kalah Di Tangan ESL Di Mahkamah

Tiada Kelibat Messi Dan Ronaldo Dalam Piala Dunia Jika Mereka Sertai Liga Super Eropah