Florentino Perez dikatakan persoal tindakan Carlo Ancelotti yang terus ‘setia’ dengan gandingan Luka Modric dan Toni Kroos di bahagian tengah. Kritikan itu muncul selepas Real Madrid dimalukan Atletico Madrid dalam Derbi Madrid.

Baca Juga:

Real Madrid kalah 3-1 dalam perlawanan tersebut. Dengan Florentino Perez tidak faham kenapa Ancelotti berterusan menggunakan Kroos dan Modric di bahagian tengah sedangkan mereka ada pilihan pemain muda yang lain.

Pemain yang dimaksudkan Perez ialah Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga yang boleh digandingkan dengan Jude Bellingham.

Ancelotti malah mengorbankan peranan Jude Bellingham semata mata mahu menyaksikan gandingan pemain tengah veteran itu beraksi.

Ancelotti sebelum ini sudah diberitahu bahawa dia harus membangunkan pemain pemain muda seperti Rodrygo, Tchouameni, Camavinga dan Vini Jr. Ini selepas Ancelotti seringkali seringkali mengabaikan isu pembangunan pemain pemain lain selain Vini Jr.

Ancelotti pernah dilaporkan berisiko kehilangan jawatannya jika dia berterusan gagal membangunkan Rodrygo. Namun Perez masih memberikan peluang kepada pengurus itu.

Pada pandangan Perez, Modric dan Kroos sudah terjamin status legenda mereka. Dan Ancelotti harus realistik bahawa dia perlu memikirkan transisi pemain tengah Real Madrid. Dia diminta lebih proaktif dalam memasangkan pemain berpengalaman dan pemain muda di tengah.

Toni Kroos
Sumber Gambar: REUTERS/Susana Vera

Ini kerana Real Madrid bukan berbelanja sedikit untuk membeli pemain pemain muda itu. Ianya satu kerugian jika mereka tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Tindakan Perez yang persoal taktikal dan pemilihan pemain oleh Carlo Ancelotti ini bukanlah perkara baharu. Sebelum ini Perez juga pernah beberapa kali mempersoalkan isu taktikal Ancelotti.

Misalnya, Perez pernah mengkritik taktikal Ancelotti yang dianggap terlalu pragmatik dan tidak moden. Namun selepas kejayaan Ancelotti menjulang UCL bersama Real Madrid, Perez tidak meneruskan niatnya mahu mencari pengurus yang dianggap berfalsafah moden.