Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada bulan April lepas memperkenalkan peraturan baharu, dimana setiap pasukan dibenarkan membuat 5 pertukaran pemain dalam perlawanan apabila saingan liga domestik di negara masing-masing kembali bersambung.
Peraturan tersebut dicadangkan bagi mengelakkan lebih ramai pemain mengalami kecederaan serius selepas berehat lama kerana penangguhan liga akibat penularan wabak COVID-19.
Namun, badan induk bola sepak dunia itu mengeluarkan kenyataan terbaharu kelmarin mengumumkan peraturan itu kekal sehingga tahun 2021 berkuatkuasa serta-merta.
“Berdasarkan keputusan yang diambil pada 8 Mei 2020 untuk membenarkan semua pasukan membuat pertukaran sebanyak 5 orang pemain, lembaga pengarah International Board (IFAB) telah bersetuju untuk menyambungkannya.
“Berdasarkan kajian mendalam ini, yang merangkumi maklum balas pihak berkepentingan dan analisis mengenai kesan COVID-19 pada kalendar pertandingan, Lembaga Pengarah IFAB telah memberi banyak pilihan untuk pertandingan yang dijadualkan selesai pada 31 Julai 2021 dan untuk pertandingan antarabangsa dijadualkan pada bulan Julai-Ogos 2021,” kata FIFA dalam satu kenyataan.
🖐 #ICYMI: The five-substitute option was extended into 2021 in response to the #COVID19
pandemicFull story 👉 https://t.co/mM3LWWGQlX pic.twitter.com/ebjMuUuUXJ
— FIFA (@FIFAcom) July 18, 2020
Ia bermaksud, setiap pasukan boleh membuat 5 pertukaran pemain selama 90 minit perlawanan dan 6 pertukaran pemain jika perlawanan diheretkan ke masa tambahan.
Peraturan tersebut dijangka turut akan dilaksanakan dalam kejohanan Eropah tahun depan menurut sumber rapat FIFA.
Namun, ia terpulang kepada setiap pengendali liga dan setiap badan induk di negara masing-masing boleh memutuskan sama ada mahu menggunakan peraturan ini atau tidak dalam saingan liga masing-masing.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Pemain Keturunan Indonesia Bakal Beraksi Di Liga Perdana Inggeris Musim Depan
BG Pathum United Buru Khidmat Bekas Pemain Pahang, Chan Vathanaka