Saingan bola sepak Vietnam yang kini sudah menamatkan perlawanan ke 9 liga musim 2020 dilaporkan telah berjaya memecahkan rekod jumlah kehadiran musim 2020 setakat ini.

Berdasarkan laporan media tempatan, seramai 73,000 orang penonton telah hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan V.League pada perlawanan ke 9 dan jumlah ini telah berjaya memecahkan rekod tertinggi pada perlawanan ke 6 yang dikatakan berjumlah sekitar 66,000 orang!

Mengikut data dari pihak VFF, 73,000 penonton yang hadir pada perlawanan ke-9 itu berjaya menaikkan purata kehadiran penonton ke stadium kepada 10,429 orang dari 9,429 orang pada perlawanan sebelumnya.

Jika angka keseluruhan diambil kira sehingga perlawanan ke-9, kira-kira 400,000 orang penonton telah hadir ke stadium musim ini dan telah berjaya mempamerkan peningkatan sebanyak 33.3% YoY.

Musim 2019, saingan V.League telah berjaya merekodkan 1,306,700 orang penonton hadir ke stadium dengan purata keseluruhan berada pada paras 7,108 penonton bagi setiap perlawanan.

Walaupun kebanyakan negara hanya membenarkan penonton hadir ke stadium pada skala tertentu, perlawanan bola sepak di Vietnam dilihat tidak mengenakan sebarang sekatan atau syarat untuk masuk ke stadium menyaksikan perlawanan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia

UltraSel Muncul Sebagai Penaja ‘Titan’ Selangor FA, Dana RM10,000 Datang Dari Hasil Jualan Merchandise Rasmi

Ini Reaksi Netizen Indonesia Yang ‘Kaget’ Melihat Susuk Fizikal Pemain Skuad Malaysia B19 Yang ‘Gede Gede’

Sumber