Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim akhirnya sah menjadi pemain KV Kortrijk setelah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Jupiler Pro League itu pada semalam.

Perkara ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada Luqman, malah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut terkena tempiasnya apabila mereka menjalin kerjasama bersama kelab yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan itu.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata FAS mencapai kesepakatan bersama KVK untuk menghantar pemain muda berbakat Selangor untuk berlatih bersama kelab tersebut setiap tahun.

Kerjasama
Luqman Hakim

“Antara perkara yang kita bersetuju dengan KV KV Kortrijk ialah peluang untuk menghantar pemain muda berbakat untuk berlatih bersama mereka setiap tahun.

“Selain itu, kami juga memperoleh “percentage” jika ada kelab lain yang membeli Luqman Hakim dari KV Kortrijk.

“Itu antara kelebihan yang kami peroleh melalui perjanjian dengan KVK. Ini semua adalah perancangan jangka panjang,” kata Dr Johan.

Kerjasama
Sumber Gambar: NST

Pada masa yang sama, Dr Johan menegaskan pasukan Selangor akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) sebagai markas utama.

Langkah ini diambil kerana Stadium Shah Alam akan menjalani penambahbaikan, namun kerajaan negeri masih lagi melakukan beberapa kajian.

Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk dan Selangor di sini:

Kos Baiki Stadium Shah Alam Cecah RM250 Juta

“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”

Video Pengenalan Luqman Oleh KV Kortrijk Cetus Rasa Bangga Peminat Tempatan