Pemain sayap Selangor, Faisal Halim berkongsi keadaan kakinya selepas menerima terjahan keras dari Amri Yahyah ketika perlawanan Liga Super 2023 antara Selangor menentang Sabah di Petaling Jaya semalam.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Faisal Halim atau yang lebih mesra disapa Mickey menunjukkan luka di keting kakinya selepas diterjah oleh Amri Yahyah pada hujung separuh masa kedua.
[caption id="attachment_241427" align="alignnone" width="1050"] Sumber Gambar: Faisal Halim[/caption]
Mickey menulis caption dengan mengatakan beliau berada dalam keadaan yang baik dan beliau dijangka boleh diturunkan pada perlawanan seterusnya menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 29 Julai ini.
Pada perlawanan semalam, Ayron del Valle menjadi wira Selangor apabila menjaringkan gol tunggal pada separuh masa pertama sekaligus memberikan tiga mata penting bagi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.
Selangor memiliki lebih banyak peluang pada separuh masa kedua namun palang gol menjadi penghalang untuk mereka menjaringkan lebih banyak gol di laman sendiri.
Selangor kini masih menduduki tangga kedua dimana mereka berada enam mata dihadapan pasukan tangga ketiga, Kedah Darul Aman dan Sri Pahang yang menduduki tangga keempat.