Penjaga gol skuad B-22 tahun negara, Azri Abdul Ghani sah menyertai juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.
Perkara ini diumumkan oleh KL City menerusi laman media sosial rasmi pasukan pada hari ini dan Azri dilihat bakal menjadi penjaga gol kedua dibelakang penjaga gol import, Kevin Ray Mendoza Hansen.
Azri Ghani is a #CityBoy. Only 22 years old and the goalkeeper has represented the National Team at the youth level.
One for the future. #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/TfqfuPxrhT
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 14, 2022
Azri dilaporkan mencapai persetujuan dengan Perak pada November tahun lalu untuk menamatkan kontraknya bersama pasukan yang tersingkir ke Liga Premier musim hadapan yang mana kontrak beliau berbaki satu tahun.
Menurut perkongsian Zulhelmi Zainal Azam, Azri menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad bimbingan Bojan Hodak dan beliau dijadikan sandaran sekiranya Kevin Mendoza mendapat tawaran lain sebelum saingan Liga Malaysia bermula pada Mac ini.
Sah dan rasmi. Penjaga gol negara Azri Ghani sertai Kuala Lumpur City FC dengan kontrak 2 tahun. Difahamkan, persediaan awal KL City jika Kevin Ray Mendoza dapat tawaran kelab lain. 🎯 https://t.co/nVCHwHIBaj
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 14, 2022
Kevin menjadi salah satu nadi utama KL City dalam perjalanan mereka memenangi trofi Piala Malaysia musim lalu dimana beliau menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung dan penjaga gol kacukan Filipina-Denmark itu meneruskan prestasi terbaiknya pada perlawanan akhir bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus menyaksikan skuad warga kota memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0.
Musim lalu, Azri menyertai Perak setelah menghabiskan saingan musim 2020 bersama Kedah Darul Aman. Penjaga gol berusia 22 tahun itu membuat penampilan pertama dalam perlawanan Liga Super pada April yang menyaksikan Perak tewas kepada Melaka United dengan keputusan 1-0.
Masalah tunggakan gaji menyebabkan Perak mengalami krisis prestasi yang menyaksikan mereka gagal untuk tampil dengan cemerlang sekaligus tersingkir ke saingan Liga Premier musim hadapan bersama UiTM FC.
Untuk musim 2022, KL City akan beraksi dalam saingan Piala AFC dan ini menjadi peluang bagi Azri Abdul Ghani bagi menimba pengalaman untuk meningkatkan tahap permainan dimana beliau beraksi menentang pemain terbaik di Asia.
KL City dan Kedah akan menjadi wakil Malaysia dalam saingan Piala AFC manakala Johor Darul Ta’zim menjadi satu-satunya wakil negara dalam saingan AFC Champions league (ACL).
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Stuart Ramalingam Dedah Faktor Stadium Sultan Ibrahim Dipilih Sebagai Venue Piala Sumbangsih
Kelantan Berjaya Jana Pendapatan Lebih RM1 Juta Dalam Masa Dua Hari
Cadangan Perubahan Waktu Sepak Mula Liga Malaysia Kepada 8.15 Malam Disambut Positif Oleh Pemain