Inter Milan dan Manchester United dilaporkan sudah mencapai kesepakatan dalam harga Andre Onana.

Baca Juga:

Penjaga gol Inter itu menjadi sasaran utama Man United pada jendela perpindahan kali ini. Terutama sekali selepas De Gea rasmi tidak akan bersama kelab itu lagi.

Onana menjadi penjaga gol tipikal ball playing idaman Ten Hag untuk diserap masuk bagi memperkuatkan lagi pasukannya.

Menurut pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano, kesepakatan harga antara Inter dan United akhirnya dicapai. Di mana kedua dua kelab setuju dengan bayaran €55 juta untuk Andre Onana.

Sebelum ini Man United menawarkan €50 juta dan Inter meminta €60 juta untuk harga Andre Onana yang dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di Eropah pada masa ini.

Kini kedua dua kelab sudah mencapai kesepakatan €55 juta. Dengan pakej €50 juta bayaran tetap dan €5 juta adalah dalam bentuk bonus.

Terma peribadi sentiasa bukan masalah antara Onana dan Man United. Pemain itu benar benar mahu bermain semula di bawah Erik Ten Hag.

Onana cemerlang membantu Inter mara ke final UCL musim lalu, sebelum tewas di tangan Man City.

Pemain itu sudah mengadakan jamuan perpisahan dengan rakan sepasukannya di Inter.

Fabrizio Romano menganggap rundingan antara Inter dan Man United sebagai sudah dimuktamadkan. Pemain itu menunggu masa untuk diumumkan sebagai pemain baharu Man United.

Man United sebelum ini sudah mengumumkan Mason Mount sebagai pemain baharu mereka. Dan bersedia untuk melepaskan Fred yang menjadi sasaran beberapa kelab termasuk dari Arab dan Turki.