Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thailand) baru sahaja mengumumkan penjualan tiket bagi perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2020.

Tiket perlawanan ‘Early Bird’ itu bagaimanapun hanya dibuka untuk jualan kepada pemegang keahlian ‘Changsuek’ sahaja iaitu satu program keahlian untuk skuad kebangsaan Thailand.

Berdasarkan kepada maklumat yang dikemaskini melalui laman rasmi Facebook FA Thailand sebentar tadi, tiket tersebut akan dijual selama 3 hari mulai 7 hingga 9 Febuari 2020 mulai jam 10 pagi disemua saluran jualan yang disediakan.

Bagi penyokong yang tidak mempunyai keahlian, tiket akan dijual pada 10 Febuari 2020 mulai jam 10 pagi disemua rangkaian jualan Thai Tiket Major.

Keahlian ‘Changsuek’?

Program keahlian Changsuek ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh pihak FA Thailand dengan kerjasama Thai Ticket Major untuk memeriahkan lagi sokongan kepada pasukan kebangsaan Thailand khususnya.

Kadar yang dikenakan untuk menjadi ahli Changsuek adalah berharga THB200 sahaja atau RM26.50 sahaja

PR-CHANGSUEK-MEMBER_Edit-01

Dengan menyertai program ini, pemegang keahlian Changsuek akan menerima pelbagai keistimewaan sebagai ahli seperti;

  • Membeli tiket perlawanan lebih awal
  • Menerima diskaun pembelian barangan rasmi pasukan kebangsaan
  • Layak menerima faedah-faedah lain berkaitan dengan pasukan kebangsaan Thailand dan lain-lain lagi.

2078-5c64d76baee0e-s

Jika pembelian bersama dengan Box Set termasuk jersi pasukan kebangsaan, harga yang dikenakan adalah THB1200 atau RM160.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Thai League 2020 Berlangsung Dengan Penuh Gilang Gemilang

Thailand Atur Perlawanan Persahabatan Dengan Pasukan Kebangsaan Panama Pada Bulan Mac 2020

RASMI: Teerasil Dangda Sah Menyertai Shimizu S Pulse, Pemain Ke-3 Thailand Dalam J1 League 2020

Sumber