Tonggak utama skuad futsal Indonesia, Holypaul Septinus ‘Evan’ Soumilena jelas tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan kemampuannya beraksi di Eropah.
Baca Juga:
- Evan Soumilena Semakin Hampir Beraksi Di Portugal
- Futsal Kelab AFF 2023: Aksi Cemerlang Soumilena Pastikan Kemenangan Selesa Black Steel
- Muhammad Osamanmusa Berjaya Ledak Jaringan Sulung Dalam Liga Futsal Sepanyol
Hal ini kerana beliau telah berjaya membuka akaun jaringannya dalam saingan Liga Futsal Portugal (dikenali sebagai Liga Placard) 2023/24.
Pemain berusia 26 tahun itu menyumbangkan satu gol buat ADCR Caxinas Poça Barca pada aksi keempat menentang CR Candoso, awal pagi tadi.
Lebih manis, Caxinas yang kini menghuni tangga kelima selepas mengharungi tiga aksi liga itu terlalu unggul untuk membelasah lawan tersebut dengan keputusan 10-0 dimana Evan menjaringkan gol keenam perlawanan pada minit ke-15.
Malah ketika aksi kedua bertemu kelab gergasi, Sporting CP tempoh hari, Evan Soumilena turut berupaya mencipta satu bantuan jaringan untuk gol pertama pasukannya yang tewas 2-5.
Dengan kekuatan fizikal dimiliki serta cukup berbisa menyempurnakan peluang terhidang jelas menjadi senjata utama buat Soumilena dalam merobek gawang lawan.
Soumilena menyertai ADCR Caxinas dengan reputasi cukup baik apabila beliau meledakkan 33 gol dalam saingan Liga Futsal Profesional Indonesia 2022/23 manakala 24 gol disumbangkannya pada musim lalu sewaktu menyarung jersi Black Steel Papua FC.
Sehubungan dengan itu, beliau memainkan peranan penting dalam membantu pasukan tersebut dalam menjulang trofi Liga Futsal Profesional Indonesia 2020/21 dan Piala Futsal AFF 2023.
Manakala, dalam kempen Piala Futsal AFF 2023, beliau turut muncul penjaring terbanyak dengan tujuh gol.
Sementara itu seorang lagi pemain dari Asia Tenggara yang berkelana ke Eropah iaitu Muhammad Osamanmusa (Thailand) sudah menjaringkan dua gol buat Cordoba dalam saingan Liga Futsal Sepanyol.