SC Heerenveen terus bergelut dalam saingan Eredivisie musim ini apabila mencatat keputusan seri 2-2 ketika berdepan ADO Den Hagg semalam sekaligus melebarkan catatan gagal meraih sebarang kemenangan pada 8 perlawanan terakhir.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Abe Lenstra, Heerenveen bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali menerusi jaringan Joey Veerman pada separuh masa pertama dan bekas pemain Barcelona B, Alen Halilovic pada separuh masa kedua.
90. Afgelopen…#heeado: 2-2 pic.twitter.com/btsurynOXV
— sc Heerenveen (@scHeerenveen) February 22, 2020
Kali terakhir SC Heerenveen mencatat kemenangan ialah pada 8 Disember tahun lalu ketika bertemu RKC Waalwijk dimana skuad kendalian Johnny Jansen menang dengan keputusan 3-1. Sejak itu, Heerenveen hanya mampu mencatat 6 keputusan seri serta 3 kekalahan sekaligus menduduki tangga ke-10.
Pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau turut disenaraikan oleh Johnny dalam barisan 18 pemain bagi menghadapi ADO Den Haag. Namun, pemain berusia 21 tahun itu tidak diturunkan dan hanya memanaskan bangku simpanan. Setakat ini, Van Hau hanya membuat satu penampilan bersama pasukan utama Heerenveen.
Seterusnya, Heerenveen akan berdepan FC Twente dan mereka wajib meraih tiga mata bagi mengakhiri kemarau kemenangan sekaligus memperbaiki kedudukan dalam carta Liga.
Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:
Doan Van Hau Jalani Penampilan Pertama Bersama SC Heerenveen
Doan Van Hau Bergelut Dapatkan Minit Bermain Bersama SC Heerenveen
AFC B-23: SC Heerenveen Tolak Rayuan Park Hang Seo Untuk Menggunakan Khidmat Doan Van Hau