Pemain pertahanan Vietnam yang beraksi di saingan Eredivisie Belanda, Doan Van Hau nyata bergelut untuk mendapat minit bermain bersama kelab yang disertainya secara pinjaman, SC Heerenveen.
Sejak menyertai Heerenveen pada September tahun lalu, setakat ini Van Hau banyak beraksi bersama skuad B-23 dan hanya sekali beraksi bersama pasukan utama, lebih tepatnya pada perlawanan KNVB Cup yang menyaksikan Heerenveen menewaskan Roda JC dimana Van Hau berada di atas padang selama dua minit.
Pemain pinjaman daripada Hanoi FC ini sekali lagi mendapat peluang untuk beraksi bersama pasukan utama apabila Heerenveen berdepan Fortuna Sittard dalam saingan Liga. Van Hau diletakkan di bangku simpanan namun pengendali pasukan, Johnny Jansen memutuskan untuk tidak memasukkan beliau.
Sehingga saat ini Johnny nyata masih kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 ini sehingga beliau kurang memberikan peluang kepada Van Hau untuk tampil dalam kesebelasan utama.
Van Hau masih mempunyai waktu sebelum saingan Eredivisie menutup tirai untuk beliau meningkatkan lagi prestasi seterusnya dapat kembali dipanggil oleh Jansen.
Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:
Doan Van Hau Jalani Penampilan Pertama Bersama SC Heerenveen
AFC B-23: SC Heerenveen Tolak Rayuan Park Hang Seo Untuk Menggunakan Khidmat Doan Van Hau
SC Heerenveen Tidak Benarkan Doan Van Hau Beraksi Untuk Vietnam Dalam AFC U23 Championship 2020