Bekas ketua jurulatih Perak dan TRW Kelantan, Steve Darby mengecam tindakan pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau ketika perlawanan kumpulan B saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Malaysia baru-baru ini.
Baca Juga:
- Dikecam Peminat Malaysia, Ryuji Sato Mohon Maaf
- Analisis: Vietnam Bergantung Chain Of 5 & Memanfaatkan Peluang
- Vietnam vs Malaysia: Golden Star Warriors Hampakan Harimau Malaya
Van Hau menampilkan semangat kesukanan yang amat buruk ketika perlawanan itu dimana beliau menjadi punca salah seorang pemain Malaysia, Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jepun, Ryuji Sato.
Darby kemudiannya mengecam tindakan pemain itu dan menganggap Van Hau membuat kesilapan bodoh dan sepatutnya dibuang dari skuad kebangsaan yang beraksi dalam edisi kali ini.
Goal scoring opportunity? Clear penalty! 😡 @affmecup pic.twitter.com/blRSJZlh28
— Taslim Razin (@manarianz5) December 27, 2022
“Saya mempunyai pendapat saya sendiri dengan pengalaman sebagai pemain dan jurulatih, tetapi saya juga menghubungi pengadil FIFA mengenai situasi kontroversi Doan Van Hau. Adakah peminat Vietnam mahu menang, atau menendang dengan baik tetapi kalah? Saya rasa kebanyakan dari mereka mahu menang dan tidak kisah bagaimana mereka menang.
“Pengalaman saya dengan bola sepak profesional ialah anda perlu melakukan segala yang anda boleh untuk menang, dan semuanya terpulang kepada pengadil. Kadangkala pasukan akan dimaafkan oleh pengadil, tetapi kadangkala dihukum secara tidak adil.
“Saya rasa Malaysia harus diberikan penalti dalam situasi ini, kerana Van Hau melakukan kesilapan bodoh. Inti dari situasi itu ialah Van Hau memandang pemain Malaysia itu sebelum menyiku lawan. Pengadil jelas melakukan kesilapan dengan tidak meniup penalti, malah penolong pengadil yang berdiri di sisi juga bersalah kerana dia berdiri berdekatan.
Here you go, pitchside camera from that Azam red card incident..
pic.twitter.com/LB6jToclNK— Taslim Razin (@manarianz5) December 27, 2022
“Pengadil FIFA yang saya hubungi juga berkata, situasi itu adalah penalti untuk Malaysia jika mengikut peraturan: “Tindakan menyiku pihak lawan untuk menutup ruang adalah apabila pemain tidak menggunakan lengan atau siku. Pemain melakukan kesalahan dalam kes ini jika mana-mana daripada tiga tanda termasuk cuai, bertindak kasar atau menggunakan kekerasan yang berlebihan,” kata Steve Darby.
Menurut Darby, Van Hau juga bersalah ketika menyiku seorang lagi pemain pertahanan negara, Sharul Nazeem dan Vietnam tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti ketika insiden membabitkan Van Hau dan Azam di luar padang.